Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan, Bakal Ibu Ayah Wajib Tahu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi pasangan yang baru berkahwin, pasti ramai yang menantikan kelahiran anak pertama.

Namun, tidak ramai yang tahu tanda ovulasi berjaya disenyawakan. Tambahan pula, simptomnya agak mirip dengan premenstrual syndrome (PMS).

Jadi, adalah penting untuk bakal ibu dan ayah ketahui tanda persenyawaan yang berjaya sebagai persiapan membina keluarga.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Apa Itu Ovulasi?

Ovulasi merupakan proses pelepasan telur (ovum) dari ovari. Apabila telur dilepaskan, ia berkemungkinan untuk disenyawakan oleh sperma.

Jika persenyawaan berjaya, telur akan melekat ke dinding rahim untuk menjadi embrio sebagai permulaan kehamilan.

Sekiranya tidak, telur akan hancur, lapisan rahim pula akan gugur semasa tempoh haid.

Tanda Ovulasi Berjaya Disenyawakan

Ovulasi terjadi sekitar 2 minggu sebelum hari pertama haid berikutnya bermula. Sementara itu, proses persenyawaan pula berlaku setelah sehari atau beberapa hari berlakunya hubungan seksual.

Selepas 10 hingga 14 hari persenyawaan berlaku, ovum akan berkembang menjadi embrio dan kemudiannya akan melekat di dinding rahim.

Ketika ini berlaku, sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil.

Meskipun sering disamakan dengan darah haid, sebenarnya pendarahan tersebut mempunyai beberapa ciri khas iaitu :

  • Darah berwarna merah gelap atau coklat
  • Jumlah darah yang sedikit dan berlaku selama 1 atau 2 hari sahaja
  • Tidak disertai dengan kekejangan perut atau senggugut
  • Tiada gumpalan atau ketulan darah yang keluar

Bakal ibu juga perlu ingat bahawa pendarahan kecil ini tidak berlaku pada semua wanita ketika awal kehamilan.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan lebih-lebih lagi buat wanita yang mempunyai aturan haid tidak teratur.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Lain

Di samping pendarahan kecil, terdapat beberapa gejala awal kehamilan yang wanita oleh alami iaitu :

  • Kitaran haid berhenti
  • Mual dan muntah
  • Mudah penat
  • Kerap buang air kecil
  • Sembelit
  • Payudara membengkak atau terasa sakit
  • Mengidam makanan tertentu
tanda ovulasi berjaya disenyawakan

Sekiranya anda mengalami tanda awal ovulasi berjaya disenyawakan serta gejala-gejala di atas, anda digalakkan untuk buat ujian kehamilan segera menggunakan kit atau strip ujian kehamilan.

Sekiranya hasilnya negatif, anda boleh ulangi ujian selepas seminggu. Namun, jika didapati positif, anda disarankan untuk mula mengambil berat akan kesihatan anda serta kandungan.

Anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan memastikan tahap kesihatan anda serta kandungan berada pada keadaan yang optimum.  

Sumber : alodokter.com

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut