Sukan SEA 2027: Hos Tuan Rumah & Acara Dipertandingkan

Sukan SEA 2027
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tahukah anda, negara kita, Malaysia, akan menjadi tuan rumah buat acara Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA bagi tahun 2027 nanti!

Kalau anda tidak tahu berkenaan hal ini, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui segalanya tentang acara yang berlangsung secara dwi-tahunan ini. 

Apa itu Sukan SEA?

Sukan Asia Tenggara  (Sukan SEA) merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang dipertandingkan di antara 11 negara-negara Persekutuan Sukan SEA dan Timor Leste. 

Temasya ini telah bermula pada tahun 1959 dan pada ketika itu, dikenali dengan nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. 

Nama temasya ini telah ditukar menjadi Sukan SEA apabila Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina menyertai SEAGF pada tahun 1977. 

Sejak dari kemunculan pertamanya, temasya ini telah dipersetujui untuk dianjurkan secara bergilir-gilir di antara negara-negara Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF). 

Sumber: Majlis Sukan Negara Malayisa

Tuan Rumah & Hos Sukan SEA 2027

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir kita menjadi tuan rumah Sukan SEA ini adalah pada tahun 2017, dan setelah 10 tahun daripada waktu tersebut, kita dipilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi temasya sukan SEA yang ke 2027.

Peluang untuk menjadi tuan rumah bagi acara sukan SEA 2027 ini telah kita peroleh setelah Brunei menarik diri daripada menjadi tuan rumah atas faktor-faktor tertentu. Pemilihan sebagai tuan rumah yang dilakukan Persatuan Sukan SEA ini dipersetujui Jemaah Menteri selepas mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.

Pada awalnya, tiga negeri yang bakal bekerjasama dengan Kuala Lumpur dalam menjayakan acara ini ialah Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah. Namun begitu, negeri Sabah telah menarik diri atas beberapa faktor dan Johor telah bersetuju untuk menggantikan negeri Sabah sebagai penganjur bersama namun, negeri ini hanya akan menguruskan satu acara sukan sahaja iaitu acara bola sepak.

Majlis perasmian bagi acara Sukan SEA 2027 ini akan diadakan di Sarawak dan penutupan majlis akan dilakukan di Kuala Lumpur.

Senarai Tuan Rumah 1959-2033

Berikut merupakan senarai tuan rumah bagi sukan SEA dari tahun 1959 sehingga tahun 2033:

TahunBandar raya tuanrumah
1959Bangkok
1961Yangon
1965Kuala Lumpur
1967Bangkok
1969Yangon
1971Kuala Lumpur
1973Singapura
1975Bangkok
1977Kuala Lumpur
1979Jakarta
1981Manila
1983Singapura
1985Bangkok
1987Jakarta
1989Kuala Lumpur
1991Manila
1993Singapura
1995Chiang Mai
1997Jakarta
1999Bandar Seri Begawan
2001Kuala Lumpur
2003Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh
2005Manila
2007Nakhon Ratchasima
2009Vientiane
2011Jakarta dan Palembang
2013Naypyidaw
2015Singapura
2017Kuala Lumpur
2019Filipina
2021Vietnam
2023Kemboja
2025Thailand
2027Malaysia
2029Singapura
2031Laos
2033Filipina

Penyertaan Lepas

Berikut merupakan keputusan penyertaan lepas bagi negara kita Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ini:

sukan sea 2027

Baca juga: Sukan SEA 2025: Tarikh Penganjuran, Senarai Sukan, Logo

Acara Dipertandingkan

Untuk pengetahuan anda, acara yang dipertandingkan bagi Sukan SEA 2027 belum lagi disenaraikan. Namun anda tidak perlu risau, kerana kami akan maklumkan dari semasa ke semasa kepada anda, jika terdapat sebarang penambahan maklumat berkaitan hal ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut