Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) : Permohonan & Semakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kini dibuka untuk anak-anak peneroka yang berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Universiti Swasta.

Insentif yang diwujudkan dengan kerjasama FELDA ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Sila ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut serta cara memohon Skim Insentif Anak Peneroka.

Baca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023

Kadar Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut :

  • Diploma : RM 500
  • Ijazah Dalam Negara : RM 1,000
  • Ijazah Luar Negara : RM 1,500

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off kepada setiap anak peneroka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di dalam negara mahupun luar negara.

Skim Insentif Anak Peneroka

Syarat Permohonan

Anak peneroka yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Anak peneroka, anak turut atau anak angkat yang telah didaftarkan (pemohon perlu sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  • Pemohon perlulah menepati had umur yang ditetapkan berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :

Peringkat Diploma : 18 tahun hingga 23 tahun

Peringkat Ijazah : 18 tahun hingga 25 tahun.

Pemohon TIDAK LAYAK untuk memohon sekiranya tergolong dalam :

  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelalajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi, Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF).
  • Pelajar DKPCF ke luar negara.

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan perlulah dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA berhampiran.

Lengkapkan borang dan hantarkan semula bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon perlulah sertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut  :

Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan peneroka terkini

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Insentif Anak Peneroka, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut