Senarai Barang Dikenakan / Dikecualikan Cukai SST 2025

Senarai Barang SST
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Barang SST merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang tertakluk di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan GST.

Bermula 1 Julai 2025, peluasan asas percukaian SST akan dilaksanakan secara berperingkat dengan penekanan agar tidak membebankan rakyat.

Dalam pelaksanaan ini, kerajaan mengekalkan pengecualian cukai ke atas barangan keperluan harian seperti makanan asas bagi memastikan harga kekal mampu milik.

Artikel ini akan menyediakan senarai barang SST yang termasuk dan tidak termasuk dalam cukai, agar pengguna lebih faham dan bersedia dengan perubahan yang bakal dilaksanakan.

Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]

Penjelasan Peluasan Asas Percukaian SST Mulai 1 Julai 2025

Peluasan Asas Percukaian SST yang akan bermula pada 1 Julai 2025 dilaksanakan secara progresif dan dirancang dengan teliti agar tidak membebankan rakyat.

Dalam pelaksanaan ini, kerajaan memastikan bahawa barang keperluan harian seperti makanan asas tidak akan dikenakan cukai, sekali gus menjamin harga barangan asas kekal mampu milik dan mudah diakses oleh semua golongan.

Langkah ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menambah hasil negara tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat, selaras dengan komitmen untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Senarai Barang SST

Senarai Barang SST dan Kadar Cukai

Berikut adalah senarai barang SST dan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan:

1. Barangan Berkadar 0%

Jenis BarangContoh Barang
Barang belum diprosesDaging ayam
Daging itik
Daging lembu
Daging kambing
Daging ayam belanda
Ikan keli / tilapia / tongkol
Ikan bilis
Telur ayam / itik / puyuh
Ubi kentang
Tomato
Kobis
Timun
Kerang
Tilapia
Udang
Sotong
Sayur dan buah-buahan tempatan
Beras
Barli
Bawang
Kelapa muda
Kelapa tua
Biji kopi
Teh
Lada hitam
Rempah ratus
Halia
Gandum
Buah epal
Oren
Limau mandarin
Kurma
Barang telah diprosesTepung gandum / tepung beras / tepung sagu
Beras
Biji jagung
Sardin dalam tin
Susu segar
Oat
Gandum
Gula
Garam
Roti putih
Pasta
Bihun
Mi segera
Susu (Milo, Vico, Nestum)
Minyak masak
Barang-barang lainUbat dan peranti perubatan
Buku/surat khabar
Makanan ternakan
Bahan binaan asas (semen, batu, pasir)
Baja dan racun
Jentera pertanian & penternakan
senarai barang dikenakan sst

senarai barang dikenakan sst

senarai barang sst

senarai barang dikenakan sst

2. Barangan Berkadar 5%

Jenis BarangContoh Barang
Contoh barangan kekal pada kadar 5%Abalone dan lobster
Quinoa
Keju
Jem buah-buahan
Telefon pintar
Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 5%Jentera industri
King crab
Salmon & kod
Cendawan truffle
Strawberry import
Essential oil
Sutera
senarai barang sst

3. Barangan Berkadar 10%

Jenis BarangContoh Barang
Contoh barangan kekal pada kadar 10%Kaviar
Sirip ikan yu
Minuman beralkohol
Rokok dan cerut
Barangan kulit
Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 10%Lukisan tangan antik
Sisa skrap tungsten
Basikal lumba
senarai barang sst

Baca juga: Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai SST 8% Mulai 1 Julai 2025

Senarai Perintah Cukai Jualan & Perkhidmatan

1. Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) (Pindaan) 2025

      2. Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2025

      3. Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2025

      4. Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2025

      Soalan Lazim (FAQ) SST 2025

      Bilakah tarikh kuat kuasa perubahan kadar cukai jualan yang baharu?

      Perubahan kadar cukai jualan yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2025.

      Dimanakah saya boleh merujuk senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai jualan yang baharu?

      Senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai
      jualan adalah seperti berikut:

      i. Kadar 5% dan kadar spesifik boleh dirujuk di bawah Perintah
      Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025
      ii. Barang yang dikecualikan boleh dirujuk di bawah Perintah

      Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Jika barang tersebut tiada dalam kedua-dua perintah di atas, maka barang tersebut adalah berkadar 10%. Kedua-dua
      perintah ini boleh dirujuk di pautan https://mysst.customs.gov.my/

      Bagaimanakah saya boleh mengetahui aktiviti pengilangan sayaadalah memenuhi maksud mengilang di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

      Berdasarkan seksyen 3, Akta Cukai Jualan 2018 maksud mengilang adalah penukaran secara manual atau mekanikal bahan-bahan organik atau bukan organik kepada suatu produk baharu dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah pemasangan bahagian-bahagian ke dalam suatu jentera atau produk lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan. Sebarang pertanyaan lanjut, syarikat boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.

      Adakah saya perlu berdaftar sebagai pengilang berdaftar sekiranya barang siap yang dikilangkan tertakluk kepada perubahan kadar cukai jualan baharu dari barang yang dikecualikan cukai jualan kepada barang bercukai berkadar 5% atau 10%?

      Ya, syarikat tuan perlu berdaftar di bawah seksyen 13, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya jumlah nilai jualan barang bercukai melebihi nilai ambang sebanyak RM 500,000 dalam tempoh 12 bulan.

      Bagaimanakah saya boleh berdaftar sebagai pengilang berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

      Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST. Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman pendaftaran melalui emel yang telah didaftarkan.

      Bolehkah saya berdaftar secara sukarela di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

      Pendaftaran secara sukarela dibenarkan di bawah seksyen 14, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya tuan mengilang barangbarang bercukai dan tidak mencapai nilai ambang RM500,000.00.

      Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pengesahan sama ada kod tarif barang yang diimport atau dikilangkan tertakluk kepada perubahan kadar cukai jualan atau tidak?

      Tuan boleh mendapatkan pengesahan kod tarif daripada Bahagian Perkhidmatan Teknik di negeri yang berdekatan.

      Selepas mendapat pengesahan kod tarif, tuan boleh merujuk kadar cukai jualan melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Kadar cukai jualan yang baharu boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dalam portal MySST https://mysst.customs.gov.my/. Sekiranya kod tarif barang tersebut tiada dalam perintah di atas, kadar cukai jualan bagi barang tersebut adalah 10%. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.

      Saya membeli barang dari luar negara. Barang tersebut belum dihantar oleh pembekal tetapi invois telah dikeluarkan sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar cukai jualan yang baharu. Barang tersebut hanya akan diimport selepas tarikh kuat kuasa kadar cukai jualan yang baharu. Adakah barang tersebut tertakluk kepada kadar cukai jualan yang baharu?

      Ya, barang yang diimport tersebut tertakluk kepada kadar cukai jualan baharu semasa barang tersebut dilepaskan daripada kawalan Kastam oleh pegawai Kastam yang hak. Pengimportan barang ke dalam Malaysia hendaklah diikrar dalam Borang Kastam No.1(K1). Bagi barangan bercukai, cukai jualan yang terlibat dibayar menggunakan borang K1.

      Saya adalah pengilang berdaftar baharu di bawah Akta Cukai Jualan 2018. Adakah saya layak mendapat sebarang pengecualian cukai jualan? Bagaimanakah cara untuk saya memohon pengecualian cukai jualan?

      Sebagai pengilang berdaftar, tuan layak membeli bahan mentah, komponen, bahan pembungkus dan pembungkusan, alat bantuan pengilangan dan peralatan cleanroom tanpa cukai jualan. Tuan boleh memohon pengecualian cukai jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah butiran serta dalam perintah tersebut. Permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dibuat secara atas talian dalam portal https://mysst.customs.gov.my/. Manual permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dirujuk melalui https://mysst.customs.gov.my/AboutExemption

      Saya adalah pengilang barang dikecualikan cukai jualan dan tidak berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan 2018. Pada tarikh kuat kuasa, kadar cukai jualan ke atas barang siap tersebut berubah daripada dikecualikan kepada 5%. Adakah saya perlu mengenakan cukai jualan ke atas barang siap yang dikilangkan semasa barang tersebut dijual pada atau selepas tarikh kuat kuasa cukai jualan baharu?

      Syarikat tuan perlu berdaftar sebagai pengilang berdaftar di bawah Seksyen 13 atau 14, Akta Cukai Jualan 2018 untuk mengenakan cukai jualan ke atas barang yang dikilangkan pada kadar baharu bermula dari tarikh kuat kuasa surat kelulusan pendaftaran

      Maklumat Lanjut Barang Dikenakan SST

      Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:

      Atau, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian : 1300 888 500 atau email kepada [email protected]

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut