Pertama sekali, pihak e-Central ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua pembaca kami yang menganut agama hindu tidak kira di Malaysia ataupun di luar sana.
Kerana sambutan hari deepavali ini semakin hampir, kami di sini akan ceritakan serba sedikit tentang perayaan ini, dan contoh ucapan yang sesuai anda ungkapkan kepada saudara kita yang meraikannya.
Apa itu Deepavali?
Deepavali, juga dikenali sebagai Diwali, adalah perayaan utama bagi masyarakat Hindu yang disambut di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Deepavali berasal dari bahasa Sanskrit “Dipavali,” yang bermaksud “barisan cahaya,” melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, serta pengetahuan mengatasi kejahilan.
Sebelum Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah, memakai pakaian baru, dan melakukan upacara sembahyang untuk memohon keberkatan serta menghalau perkara negatif.
Pada tahun 2024 ini, tarikh perayaan hari deepavali ini telah jatuh pada 31 Oktober 2024 iaitu pada hari khamis yang akan datang. Untuk mengetahui tarikh cuti sekolah bagi perayaan ini, boleh baca artikel INI.
Contoh Ucapan Selamat Hari Deepavali
Walaupun anda bukan penganut agama hindu, anda masih boleh memberi ucapan tahniah kepada sahabat atau keluarga yang meraikan perayaan ini. Berikut merupakan beberapan variasi ucapan selamat hari deepavali untuk panduan anda:
- Selamat Hari Deepavali! Semoga cahaya Diwali menerangi hidupmu dengan kebahagiaan.
- Selamat merayakan Deepavali! Semoga segala kebaikan selalu menyertaimu.
- Selamat Hari Deepavali! Semoga kasih sayang dan kedamaian selalu ada di hatimu.
- Semoga Deepavali ini membawa keceriaan dan kebahagiaan untukmu dan keluarga.
- Selamat Diwali! Semoga kehidupanmu dipenuhi dengan cinta dan keberuntungan.
- Selamat Hari Deepavali! Semoga setiap lilin yang dinyalakan membawa harapan baru.
- Selamat Diwali, semoga cahaya terus menerangi hidupmu.
- Semoga kehangatan Diwali mengisi hatimu dengan cinta dan kedamaian.
- Selamat merayakan Diwali! Semoga semua impianmu tercapai.
- Semoga cahaya Diwali membawa kebahagiaan dalam hidupmu.
- Selamat Diwali! Rayakan dengan penuh kegembiraan!
- Semoga Deepavali ini menjadi saat berharga bagi kamu dan orang-orang tercinta.
- Selamat Hari Deepavali! Cinta dan kebaikan selalu menyertaimu.
- Semoga setiap hari dipenuhi dengan kebahagiaan seperti saat Diwali!
- Selamat merayakan Diwali! Semoga rumahmu selalu dipenuhi dengan cahaya.
- Semoga Deepavali kali ini penuh dengan kebahagiaan, kesejahteraan, dan keberkatan. Selamat bercuti!
- Semoga kedamaian dan kebahagiaan selalu memenuhi perjalanan hidupmu.
Contoh Gambar Aktiviti Mewarna Sempena Deepavali
Semoga variasi ucapan selamat hari deepavali ini bermanfaat buat anda!
Gambaran Perayaan Deepavali Di Malaysia
Di Malaysia perayaan Deepavali ini merupakan satu perayaan yang diraikan di semua negeri. Pelbagai amalan dan tradisi diamalkan secara turun temurun oleh masyarakat India di Malaysia bagi meraikan perayaan ini.
Antara amalan dan tradisi yang diamalkan adalah seperti berikut:
- Upacara Mandi Minyak
- Upacara ini merupakan amalan utama pada pagi perayaan tersebut, di mana mereka akan menjalankan aktiviti urutan rambut dan badan dengan minyak bijan dan mandian menggunakan campuran serbuk “shikakai”, sejenis herba Ayurvedik.
- Amalan ini dipercayai dapat menghapuskan segala perasaan ego, kebencian dan sebagai simbolik penyucian dan membersihkan diri dari segala perkara yang negatif.
- Melukis ‘Kolam’
- Melukis ‘Kolam’ merupakan tradisi penting yang dilakukan sewaktu Deepavali bagi menggambarkan kebahagian rumah tangga. Ia juga dilakukan bagi mengundang dan mengalu-alukan kehadiran Dewi ke rumah.
- Melukis ‘Kolam’ ini kebiasaannya dilukis menggunakan tepung beras, beras dan serbuk berwarna-warni, serta dihiasi dengan bunga dan lampu berwarna-warni.
- Juadah dan Manisan
- Amalan menghidangkan atau memberi manisan kepada tetamu dan ahli keluarga merupakan tradisi bagi meraikan sesuatu kejayaan atau berita yang mengembirakan.
- Antara manisan yang sering kali dihidangkan adalah laddo, jalebi, gulab jamun, palkova, halwa dan lain-lain lagi.
Bagi anda yang bakal menyambut Hari Deepavali ini, anda boleh membeli kuih tradisional sambutan Diwali ini di sini.