Sakit kepala sebelah kiri sering kali menjadi tanda yang membimbangkan bagi sesetengah individu. Walaupun ia mungkin berlaku secara tiba-tiba atau berkala, kesakitan ini sering kali menimbulkan persoalan tentang punca sebenar dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.
Sakit kepala sebelah kiri boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk tekanan, gaya hidup, atau keadaan kesihatan tertentu.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda secara terperinci berkenaan dengan punca-punca utama sakit kepala sebelah kiri, gejala yang berkaitan, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah atau merawatnya.
Baca juga:
- 12 Panadol Untuk Sakit Kepala Yang Terbaik & Berkesan Cepat
- 6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan & Tips Untuk Tanganinya
Apa itu Sakit Kepala Sebelah Kiri ?
Sakit kepala sebelah kiri merujuk kepada rasa sakit atau ketidakselesaan yang dirasakan secara khusus di bahagian kiri kepala. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan insentif, sama ada sebagai rasa berdenyut, tekanan, atau sakit yang menusuk.
Seperti sakit kepala di bahagian lain, sakit kepala sebelah kiri mungkin berkaitan dengan faktor gaya hidup, tekanan, atau masalah kesihatan tertentu.
Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri
1. Sakit Kepala Ketegangan (Tension Headache)
Sakit kepala ketegangan atau tension headache adalah antara jenis sakit kepala yang paling umum. Kira-kira 75% orang dewasa pernah mengalaminya.
Ia berpunca daripada tekanan. Anda mungkin akan berasa tidak bermaya, sakit kepala yang turut dirasai di sekitar leher, dahi kulit kepala serta otot bahu. Ia digambarkan sebagai rasa seperti ada tali yang menekan di sekeliling kepala. Ciri-ciri utama:
- Punca: Postur badan yang tidak betul, stres, kurang tidur, atau dehidrasi.
- Gejala: Sakit sederhana, biasanya di kedua-dua belah kepala, dan boleh disertai rasa tegang di leher atau bahu.
- Rawatan: Berehat, urutan ringan, senaman relaksasi, dan pengambilan ubat penahan sakit ringan seperti paracetamol atau ibuprofen.
2. Migrain
Sakit kepala sebelah kiri juga boleh menjadi tanda kepada migrain. Wanita didapati 2 hingga tiga kali lebih cenderung untuk alami masalah ini berbanding lelaki.
Migrain adalah jenis sakit kepala yang lebih teruk dan sering mengganggu aktiviti harian. Ia melibatkan gangguan neurologi yang kompleks dan boleh disertai gejala lain.
Migrain rasanya seperti sakit yang menusuk di sebelah bahagian kepala. Biasanya, ia turut hadir bersama simptom lain seperti loya, muntah-muntah dan sensitif terhadap cahaya.
- Punca: Faktor genetik, perubahan hormon, makanan tertentu (seperti kafein berlebihan, coklat, atau MSG), atau perubahan cuaca.
- Gejala: Sakit berdenyut pada satu sisi kepala, loya, muntah, sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi, serta kehadiran aura (gangguan visual sebelum sakit kepala bermula).
- Rawatan: Ubat preskripsi seperti triptan atau ergotamin, ubat pencegah migrain, dan perubahan gaya hidup.
3. Sakit Kepala Cluster
Jenis sakit kepala ini pula adalah yang paling teruk sehingga boleh menyebabkan seseorang tidak boleh duduk diam.
Ia dipanggil cluster kerana ia sering berlaku secara berkumpulan dan boleh memberi kesan pada bahagian mata, hidung dan telinga.
Pada bahagian kepala yang sakit, kelopak mata boleh jatuh, mata jadi merah dan anak mata menjadi kecil. Ia juga boleh mengakibatkan hidup tersumbat dan mukus meleleh.
- Punca: Penyebab pasti tidak diketahui, tetapi dipercayai melibatkan gangguan pada hipotalamus.
- Gejala: Kesakitan yang sangat tajam dan terbakar, biasanya di sekitar satu mata, disertai mata berair atau hidung tersumbat.
- Rawatan: Oksigen terapi, triptan suntikan, atau ubat pencegahan seperti verapamil.
4. Sakit Kepala Kronik
Ia dipanggil sakit kepala kronik kerana ia berlaku sekurang-kurangnya 15 hari dalam sebulan selama 6 bulan atau lebih.
Migrain atau tension headache juga termasuk dalam kategori ini. Sakit kepala kronik rasanya seperti sakit yang mencucuk dan tertumpu pada satu bahagian kepala.
- Punca: Migrain yang tidak dirawat, sakit kepala ketegangan yang berulang, atau pengambilan ubat berlebihan.
- Gejala: Berbeza bergantung kepada jenis sakit kepala kronik, tetapi selalunya sakit yang berterusan dan mempengaruhi produktiviti.
- Rawatan: Fokus kepada pencegahan dengan perubahan gaya hidup, pengurusan stres, dan pengambilan ubat tertentu di bawah pengawasan doktor.
5. Sakit Kepala Harian
Sakit kepala harian ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Selepas berlaku untuk pertama kali, ia boleh berulang kembali dan boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua bahagian kepala.
Rasa sakit kepala ini mungkin sama dengan tension headache. Namun, apa yang membezakannya adalah anda boleh ingat hari atau waktu pertama anda mengalaminya.
- Punca: Tekanan psikologi, pengambilan ubat berlebihan, atau trauma kepala.
- Gejala: Sakit sederhana hingga teruk yang konsisten setiap hari.
- Rawatan: Ubat pencegahan, terapi fizikal, dan kaunseling.
6. Jangkitan atau Alergi
Jangkitan seperti flu atau sinus boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Ia berlaku kerana saluran sinus menyempit ketika terjadinya alergi atau jangkitan.
Kes jangkitan yang lebih serius seperti ensefalitis dan meningitis pula boleh mengakibatkan sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian kiri.
- Punca: Selesema, sinus tersumbat, atau alergi terhadap debu, makanan, atau cuaca.
- Gejala: Sakit kepala di bahagian dahi atau pipi, disertai hidung berair, bersin, atau demam.
- Rawatan: Ubat dekongestan, antihistamin, antibiotik (jika jangkitan bakteria), dan menjaga hidrasi.
7. Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan
Meskipun tujuan awal pengambilan adalah untuk mengubati sakit kepala, namun ubat tahan sakit secara berlebihan seperti paracetamol, ibuprofen, naproxen dan aspirin boleh menyebabkan gejala sakit kepala semakin teruk.
Elakkan untuk mengambil ubat tahan sakit melebihi dos atau terlalu kerap iaitu lebih dari 2 hingga 3 hari seminggu.
- Punca: Pengambilan ubat seperti paracetamol, ibuprofen, atau triptan lebih daripada 10-15 kali sebulan.
- Gejala: Sakit kepala yang menjadi lebih kerap dan lebih teruk.
- Rawatan: Menghentikan pengambilan ubat di bawah pengawasan doktor.
8. Faktor Gaya Hidup
Sakit kepala sebelah kiri juga boleh berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri seperti kekurangan makan, pengambilan minuman keras, stres, sedang berdiet atau tidak cukup tidur.
- Punca: Kurang tidur, stres yang tinggi, jadual kerja tidak teratur, penggunaan gajet berlebihan, makanan tidak sihat, dan kurang senaman.
- Gejala: Sakit kepala ringan hingga sederhana, rasa berat di kepala, atau keletihan mental.
- Rawatan: Perubahan gaya hidup seperti tidur yang cukup, diet seimbang, senaman berkala, dan pengurusan stres.
9. Masalah Sistem Saraf Otak
Kondisi neurologi seperti occipital neuralgia, trigeminal neuralgia dan giant cell arteritis boleh menjadi punca kepada sakit kepala yang teruk.
- Punca: Tekanan intrakranial yang tinggi, penyempitan saluran darah, atau kehadiran jangkitan seperti meningitis.
- Gejala: Sakit kepala yang sangat teruk dan tiba-tiba, disertai muntah, kehilangan kesedaran, atau kelemahan pada anggota badan.
- Rawatan: Segera mendapatkan rawatan kecemasan dan rawatan spesifik berdasarkan diagnosis seperti pembedahan, terapi ubat, atau rawatan intensif.
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Sakit kepala sebelah kiri atau pada kedua-dua bahagian dahi adalah perkara normal dan biasanya bukan disebabkan masalah yang serius.
Dalam kebanyakan kes, ia boleh diatasi dengan rehat serta pengambilan air yang mencukupi.
Namun, anda disarankan untuk bertemu doktor sekiranya sakit kepala tidak berkurang. Ini bagi menentukan jenis pening kepala yang dialami.
Anda juga perlu mendapatkan diagnosis daripada doktor sekiranya :
- Sakit kepala yang dialami sangat teruk.
- Terbangun pada waktu malam kerana sakit kepala.
- Kepala berasa pening setelah terhantuk atau terlanggar sesuatu dengan kuat
- Anda berasa kebingungan
- Demam
- Sakit leher
- Penglihatan terganggu
- Sakit kepala yang ketara apabila bergerak atau batuk
- Badan rasa letih
- Mata sakit atau merah
- Tidak sedarkan diri.
- Sakit tidak berkurangan atau berulang walaupun telah mengambil pil tahan sakit.
Kesimpulannya, sakit kepala sebelah kiri boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti migrain, tekanan, atau masalah kesihatan tertentu.
Mengenal pasti punca dan mengambil langkah rawatan yang sesuai dapat membantu mengurangkan kesakitan. Jika sakit berterusan atau disertai gejala luar biasa, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.
Sumber:
- Hints on Diagnosing and Treating Headache. Deutsches Arzteblatt International
- What Causes Headaches on the Right Side of Your Head? Healthline