Rosyam Nor – Biodata & Update Terkini (Drama “Keluarga Itu”)
Rosyam Nor, atau Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin adalah satu nama yang cukup ‘legend’ dalam dunia hiburan tanah air.
Berkecimpung lebih tiga dekad dalam dunia seni, beliau bukan sahaja dikenali sebagai pelakon yang berbakat tetapi juga sebagai pengacara televisyen, penerbit filem dan usahawan yang berjaya.
Mari kenali sosok Rosyam Nor dengan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA: Kakcik Yah – Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular!
Siapa Rosyam Nor?
Rosyam Nor adalah merupakan salah satu tokoh seni paling berpengaruh dalam industri hiburan Malaysia.
Beliau mula mencipta nama melalui filem Gila-Gila Remaja (1986) sebelum melonjak naik dengan filem-filem seperti KL Menjerit, Castello, dan Kala Malam Bulan Mengambang.
Keupayaan Rosyam untuk menghidupkan pelbagai watak dengan penuh keyakinan telah menjadikannya salah seorang pelakon paling dihormati di negara ini.
Selain berlakon, Rosyam juga merupakan pemilik syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang telah menerbitkan pelbagai drama dan filem popular.
Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan usahawan yang berjaya dalam beberapa perniagaan termasuk bidang pertanian.
Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia.
Biodata Rosyam Nor
Berikut adalah biodata ringkas Rosyam Nor:
- Nama Penuh: Mohamed Noor bin Shamsuddin
- Nama Popular: Rosyam Nor
- Tarikh Lahir: 1 Mac 1967
- Umur: 58 tahun (pada 2025)
- Tempat Lahir: Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur
- Kerjaya: Pelakon, Penerbit, Pengacara, Usahawan
- Syarikat Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
- Pasangan: Runika Mohd Yusof (berkahwin sejak 1989)
- Anak: 5 orang anak perempuan
- Anugerah: Penerima empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia, serta pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records
- Pendidikan: Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Hubungan Keluarga: Sepupu kepada pelakon Faizal Hussein
- Instagram: @iamrosyam
- Tiktok: iamrosyam
Kehidupan Peribadi
Rosyam Nor telah berkahwin dengan Runika Mohd Yusof sejak tahun 1989 dan dikurniakan lima orang anak perempuan.
Pada tahun 2014, beliau menjadi datuk buat pertama kalinya apabila anak sulungnya, Arniesha Azureen, melahirkan seorang bayi perempuan bernama Hanan Adraa.
Sehingga kini, Rosyam mempunyai lima cucu, termasuk seorang cucu lelaki yang dilahirkan pada tahun 2021 setelah beliau menanti selama 32 tahun untuk kehadiran zuriat lelaki dalam keluarganya.
Kehidupan keluarga Rosyam sering menjadi perhatian umum kerana keakraban dan nilai kekeluargaan yang ditonjolkan.
Beliau sering berkongsi momen bersama keluarga di media sosial, termasuk kegembiraan menyambut kelahiran cucu-cucunya.
Selain itu, Rosyam Nor juga pernah melalui cabaran peribadi yang besar apabila bapanya, Shamsuddin Mohd Yusof, meninggal dunia pada tahun 2008 akibat radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang.
Selain dunia lakonan, Rosyam juga aktif dalam bidang pertanian.
Beliau sering berkongsi pengalamannya sebagai petani, di mana beliau menghadapi dua kegagalan besar sebelum akhirnya berjaya dalam usaha pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Pahang.
Beliau juga memiliki saham dalam pasar raya ST Rosyam Mart yang kini semakin berkembang di Malaysia.
Update Terkini (2025) – Drama “Keluarga Itu”
Drama terbaru yang dibintangi oleh Rosyam Nor adalah “Keluarga Itu” . Drama ini mula ditayangkan pada 28 Februari 2025 di Slot Lestary TV3.
Drama 30 episod ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan ditulis oleh Erma Fatima. Selain Rosyam Nor, Drama ini turut menampilkan barisan pelakon popular lain seperti Puteri Balqis, Umie Aida, Izara Aishah, dan Fattah Amin.
“Keluarga Itu” telah menarik perhatian ramai kerana mengangkat pelbagai isu sensasi dalam kehidupan berkeluarga. Episod pertamanya mencatatkan rating tinggi dengan tiga juta tontonan. Manakala di media sosial, ia telah mencapai lebih 180 juta tontonan.
Rosyam Nor memegang watak sebagai Iman dalam drama ini. Watak ini digambarkan sebagai seorang tokoh Tahfiz yang dihormati dan mempunyai empat orang anak.
Walaupun watak ini dikecam ramai pihak, namun ia menunjukkan bahawa ia menunjukkan bahawa Rosyam Nor berjaya menghidupkan watak Iman dengan penuh penghayatan.
Beliau juga mengingatkan penonton bahawa drama ini tidak boleh dinilai hanya berdasarkan klip pendek yang tular di media sosial.
Rosyam menyatakan, “Drama itu tidak boleh dinilai daripada sedutan atau klip pendek di media sosial sahaja.”
Jadi, kenalah nonton episod penuh okay!
BACA JUGA: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30
Selain drama “Keluarga Itu”, berikut ialah beberapa update lain mengenai Rosyam Nor:
- Rosyam masih aktif dalam industri perfileman Malaysia, sama ada sebagai pelakon mahupun penerbit melalui syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
- Rosyam Nor terlibat dalam filem aksi “Blood Brothers” yang akan ditayangkan pada 10 April 2025.
- Rosyam Nor terus mengembangkan perniagaan pasaraya ST Rosyam Mart. Beliau menyasarkan untuk membuka 20 cawangan di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2025. Setakat ini, cawangan ketujuh telah dibuka di Taman Ehsan Kepong.
- Beliau juga masih aktif dalam projek tanaman nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Pahang yang telah diusahakannya sejak tahun 2010.
- Rosyam terus mengembangkan produk berasaskan durian belanda yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan nama Adraa by Rosyam Nor.
- Beliau juga aktif dalam Youtube (Suhan Channel) dan Tiktok untuk video pendek. Ini merupakan salah satu usaha Rosyam Nor untuk berkongsi ilmu agama dengan pengikutnya di media sosial, di samping kerjayanya sebagai pelakon dan usahawan.
- Sempena raya kali ini, beliau menjadi BA untuk jenama baju raya Bulan Bintang.