Biodata Rina Nose, Pelawak Serba Boleh Kelahiran Indonesia

rina nose
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nama Rina Nose sedang meningkat naik di Malaysia apabila gelagatnya sebagai pencara program realiti TV Big Stage (Musim 5) dan The Hardest Singing Show mendapat perhatian ramai.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Rina Nose.

Baca juga:

Latar Belakang

NamaNurina Permata Putri
Nama PanggilanRina Nose
Tarikh Lahir16 Januari 1984
Tempat LahirBandung, Indonesia
PekerjaanPelakon, pengacara, pelawak dan penyanyi
Akaun Media SosialInstagram @rinanose16
X @rina_nose
TikTok @rinanose_josscy
YouTube @rinajosscy

Kehidupan Peribadi

Rina Nose telah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Suaminya yang pertama, Ridwan Feberani Anwar seorang executive producer di TRANS TV. Mereka berkahwin pada tahun 2012 dan bercerai pada tahun 2013.

Enam tahun kemudian pada 2019, Rina bernikah dengan Josscy Aartsen seorang pengarah filem yang berdarah Indonesia dan Dutch.

Kerjaya & Profesional

Rina Nose bermula dalam bidang seni apabila bergabung dalam kumpulan Jurnal yang mengikuti uji bakat Pelawak TPI musim ke-3, sebuah program pencarian bakat baru dunia lawak Indonesia.

Selesai sahaja program tersebut, nama Rina mula mengisi pelbagai program dan rancangan di Televisyen.

Bakat Rina Nose dalam nyanyian pula dikenali selepas beliau mengikuti program Superstar Show 2007 bersama Ki Daus.

Bidang nyanyian adalah bakat yang telah lama beliau minati sejak kecil lagi. Bahkan sebelum ini beliau pernah mengikuti uji bakat Indonesian Idol, Akademi Fantasia pada tahun 2000-an, tetapi gagal. 

Kini, Rina melebarkan sayapnya di Malaysia sebagai seorang pengacara program realiti TV Big Stage (Musim 5) dan The Hardest Singing Show.

Filem:

TahunTajukWatak
2010Sehiudp (Tak) SematiKokom
2012Rumah KentangCalon pembeli rumah

Muzik Video:

  • Goyang Bang Jali (2014) – Penyanyi, Denny Cagur

Televisyen:

  • Komedi Putarr (2005)
  • Seleb (2005)
  • Bodo Amat ah (2006)
  • Segeerrr Beneerrr (2007-2009)
  • Sketsa Tawa (2010-2011)
  • Inbox (2013-2015)
  • Buka-Bukaan (2013-2014)
  • New AFI 2013 (2013)
  • La Academia Junior Indonesia (2014)
  • D Academy (2014)
  • D’Terung Show (2014-2015)
  • La Academia Junior Indonesia 2 (2015)
  • AKSI (2015)
  • So Sempruuul
  • D’Academy 2 (2015)
  • Comedy Academy Indonesia (2016)
  • Stand Up Comedy Academy (2016)
  • Ubat Hati (2016)
  • Aseli Indonesia (2016)
  • D’Academy 3 (2016)
  • D Academy Celebrity (2016)
  • Q Academy (2016)
  • Festival Ramadan (2016)
  • D’Academy Asia (2016)
  • The Dance Icon Indonesia (2016)
  • The Dance Icon Indonesia 2 (2016)
  • D’Academy Asia 2 (2017)
  • Street.com (2017)
  • Oplosan (2017)
  • Keluarga Gunarso (2017)
  • Golden Memories (2017)
  • D’Academy 4 (2017)
  • Comedy Traveler (2017)
  • Pesbukers (2018)
  • Kilau DMD (2018)
  • Kilau DMD Spesial Ramadhan (2018)
  • KDI (2018)
  • DMD Juara (2018)
  • DMD Tawa (2018)
  • New Kilau DMD (2018)
  • Kilau DMD Tatata (2018)
  • Dangdut Vaganza (2018)
  • Opera Van Java (2018-2021)
  • Pojok Istana (2019)
  • Sahur Segerr (2019)
  • Shadow Singer Indonesia (2019)
  • Ini Talkshow (2019)
  • Ini Weekend (2019)
  • Panasonic Gobel Awards (2019)
  • TOP (2020)
  • In The Kost (2020)
  • Ramadan In The Kost (2021)
  • Duo Komedian (2021)
  • Bucin (Bumbu Cinta) – 2021
  • Dewan Curhat (2021)
  • Anak Sekolah (2021)
  • Ms. Queen (2022)
  • Ramadan Itu Keberkatan (2022)
  • Ramadannya Ms. Queen (2022)
  • Koplo Superstar (2022)
  • Super Deal Indonesia on the Weekend (2022)
  • Sahur Lebih Segerr (2022-2024)
  • D’Koplo (2023)
  • Pestaria (2023)
  • Arisan (2023)
  • Big Stage (Musim 5) – 2023
  • The Hardest Singing Show (2024)

Single Lagu:

  • Maju Berundur Cantik (2014)
  • Ayank Mbeb (2015)
  • Cinta Kita feat Fakhrul Razi (2016)
  • I Swear I Love You (2017)
  • Move On (2018)

Pencapaian Rina Nose

Rina Rose pernah dicalonkan dalam pelbagai anugerah antranya adalah seperti berikut:

TahunAnugerahKategoriKaryaKeputusan
2015Global Seru AwardsKomedian Paling SeruTercalon
2015Inbox Awards Host Tetamu Paling InboxTercalon
2016Indonesia Television AwardsPembawa Acara TerpopularD’Terung ShowTercalon
2016Inbox AwardsHost Tetamu Paling InboxTercalon
2016Panasonic Gobel AwardsPresenter Program Hiburan TerfavoritD’Terung ShowTercalon
2016Silet AwardsTheme Song Sinetron Tersilet“Maju Berundur Cantik”
2017Infotainment Awards Selebriti Berhijab Paling FashionableTercalon
2021Anugerah Komedia IndonesiaKomedian Wanita TerpilihAnak Sekolah
2022Anugerah Komedia IndonesiaKomedian Wanita TerpilihAnak Sekolah
2022Anugerah Komedia IndonesiaKomedian Wanita TerfavoritAnak SekolahTercalon
2023Indonesia Comedy AwardsKomedian TerfavoritAnak SekolahTercalon

Fakta Menarik Mengenai Rina Nose

  • Rina Nose mempunyai seorang adik lelaki kembar, Abi Krisna.
  • Beliau pernah mengambil keputusan untuk berhijab pada 12 September 2016 yang lalu.
  • Rina Nose mempunyai pengikut di Instagram seramai 31.1 juta orang, TikTok seramai 3.1 juta orang, dan YouTube pula 1.02 juta subscriber.

Tahniah Rina Nose! Semoga kejayaan anda terus menjadi inspirasi kepada semua anak seni dari Indonesia dan Malaysia yang ingin mengembangkan lagi kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Sumber:

  1. Instagram @rinanose16
  2. ‘Patut Artis Indo Kaya’ – Rina Nose Dedah Perbezaan Antara Program Realiti TV Malaysia Dan Indonesia. Vocket
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut