RedMagic Nova Gaming Tablet: Spesifikasi, Varian, Harga

RedMagic Nova Gaming Tablet
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi anda yang sedang mencari tablet khas untuk permainan video, RedMagic Nova Gaming Tablet merupakan antara pilihan yang ada.

Bagi anda yang gemar bermain game di peranti mudah alih, mendapatkan tablet yang dibuat khusus untuk gaming semenangnya memberikan pengalaman berbeza kerana ianya didatangkan dengan spesifikasi-speesifikasi khusus untuk memastikan anda mendapat pengalaman bermain game yang terbaik.

Bagi yang baru pertama kali dengar jenama RedMagic ini, Redmagic merupakan subjenama Nubia yang memfokuskan untuk produk-produk gaming.

Sudah tentu, ini sememangnya bukan tablet permainan pertama yang pernah dihasilkan, tetapi masih agak jarang untuk melihat tablet untuk gaming yang dijal di psaran dan itulah yang menjadikannya menarik.

Jadi, jika anda ingin telefon pintar permainan anda hadir dengan skrin yang lebih besar, ini mungkin jawapan kepada impian anda.

Artikel berkaitan: 6 Tablet Terbaik Untuk Pelajar Universiti 2024 (Bawah RM1500)

Spesifikasi RedMagic Nova Gaming Tablet

gaming tablet

Memandangkan ini adalah tablet permainan, mari kita bincangkan tentang spesifikasi yang datang bersamanya.

Di hadapan Redmagic Nova Gaming Tablet ialah paparan LCD IPS 2.8K 10.9 inci dengan resolusi 2880 x 1800 resolusi.

Ya, ini mungkin bukan panel OLED kegemaran ramai, tetapi ia mempunyai kadar penyegaran 144Hz mesra permainan dan kadar pensampelan sentuhan 840Hz.

Nubia juga telah membuat skrin yang diperakui SGS, menapis cahaya biru untuk mengurangkan ketegangan mata.

Pihak Nubia berkata Nova Gaming Tablet ialah tablet pertama yang dikuasakan oleh Qualcomm’s Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version, yang pada asasnya merupakan versi overclocked cip Snapdragon 8 Gen 3.

gaming tablet malaysia

Tablet permainan ini juga dilengkapi dengan sama ada 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X, bergantung pada varian yang dipilih, dan dilengkapi dengan storan 512GB UFS 4.0.

Dengan rating 2,352,902 pada penanda aras AnTuTu, Nubia berkata ini menjadikan Nova Gaming Tablet satu-satunya tablet yang mampu mengendalik permainan video bergred AAA untuk pemain yang serius.

Untuk memastikan ia berjalan pantas dan sejuk semasa sesi permainan yang sengit, Redmagic Nova Gaming Tablet dipasang dengan sistem penyejukan 9 lapisan, dipasangkan dengan kipas 20,000RPM yang bercahaya.

Varian dan Harga

RedMagic Nova Gaming Tablet hanya dijual dalam satu varian pilihan warna, Midnight.

Berikut merupakan varian pilihan dan harga rasmi tablet ini untuk pasaran Malaysia:

  • 12GB + 256GB: RM3199
  • 16GB + 512GB: RM3999

Walau bagaimanapun, sempena promosi pelancaran tablet ini, anda boleh mendapatkannya pada harga istimewa di bawah:

  • 12GB + 256GB: RM2699
  • 16GB + 512GB: RM3499

Berrminat? Dapatkannya di halaman rasmi RedMagic Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut