Peta Saluran Paip Gas Malaysia & Kronologi Kebakaran Paip Gas

Peta Saluran Paip Gas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kronologi Kebakaran Paip Gas di Putra Height & Peta Saluran Paip Gas Malaysia Untuk Maklumat Anda

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kebakaran besar yang berlaku disebabkan oleh kebocoran paip gas di Putra Height. Kebakaran ini walau tidak meragut sebarang nyawa, telah menyebabkan kecederaan dan kerugian kepada penduduk sekitar yang ada pada ketika itu. 

Berikut kami kongsikan kronologi kes kebakaran ini dan peta saluran paip gas di seluruh Malaysia untuk pengetahuan anda. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lagi. 

Kronologi Kebakaran Saluran Gas

Pada 1 April 2025 yang lepas, bersamaan dengan 2 Syawal, negara kita dikejutkan dengan satu kebakaran besar yang telah berlaku di kawasan Putra Height, Subang Jaya, Selangor. 

Kebakaran yang berlaku disebabkan kebocoran paip gas yang disebabkan oleh kerja-kerja kontraktor ini cukup besar sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.

Seramai 78 anggota dan 22 aset JBPM  telah digerakkan ke kawasan kejadian bagi memadam api kebakaran tersebut. 

Jumlah mangsa yang terjejas akibat kebakaran ini adalah seramai 112 mangsa dengan 63 mangsa yang cedera telah dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya. 190 kediaman telah terjejas dan mengalami kerugian disebabkan kebakaran ini. 

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan kebakaran besar yang disebabkan oleh kebocoran paip gas ini, anda boleh lihat pada infografik kronologi kebakaran yang disediakan oleh BERNAMA ini:

kronologi kebakaran paip gas Malaysia

Peta Saluran Paip Gas Malaysia

Bagi anda yang ingin mengetahui tempat terletaknya pipeline atau saluran paip gas di Malaysia, berikut merupakan peta saluran paip gas Petronas Gas Bhd di seluruh Malaysia bermula dengan yang paling besar iaitu di Semenanjung sehinggalah saluran paip di laut:

Salah satu sistem saluran paip terbesar dan paling penting yang dimiliki oleh Petronas ialah Peninsular Gas Utilisation (PGU), yang bermula dari pantai timur dan merentasi hampir seluruh Semenanjung Malaysia.

Saluran Paip Gas di Semenanjung Malaysia

Berikut merupakan saluran paip gas di kawasan semenanjung:

  • Kerteh, Terengganu
    • Kawasan ini merupakan kawasan titik permulaan untuk saluran paip gas PETRONAS. Ia merupakan kawasan saluran terbesar. Gas yang diproses dari platform luar pesisir akan dihantar ke sini terlebih dahulu sebelum diagihkan.
  • Segamat, Johor
    • Merupakan kawasan pengagihan gas ke selatan tanah air.
  • Gurun, Kedah
    • Menghubungkan kawasan utara dan membekalkan gas ke kawasan perindustrian di Kedah dan Pulau Pinang.
  • Lembah Klang
    • Kawasan yang bertanggungjawab dalam mengedarkan gas dari titik permulaan ke pusat perindustrian utama seperti Shah Alam, Klang, dan Petaling Jaya.
  • Serdang, Selangor
    • Menjadi nod pengedaran untuk kegunaan domestik dan perindustrian di sekitar kawasan ibu negara.

Saluran Paip Gas Sabah

Sabah mempunyai beberapa saluran paip utama yang menghubungkan sumber luar pesisir ke loji pemprosesan dan bandar utama:

  • Kimanis ke Kota Kinabalu
    • Saluran paip gas dari platform luar pesisir ke Loji Pemprosesan Gas Kimanis dan terus ke Kota Kinabalu.
  • Saluran Paip Minyak mentah dari Gumusut-Kakap ke Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT)
    • Platform Gumusut-Kakap menghasilkan minyak mentah yang disalurkan ke terminal di Kimanis.

Saluran Paip Gas Sarawak

Sarawak adalah antara negeri pengeluar gas asli terbesar di Malaysia dan menempatkan banyak infrastruktur pipeline milik Petronas:

  • Bintulu
    • Menjadi lokasi Pipeline Petronas untuk Malaysia LNG (MLNG), yang memproses gas asli dari pelantar luar pesisir untuk dieksport ke seluruh dunia.
  • Saluran Paip dari Tanjung Kidurong ke Samalaju Industrial Park
    • Menyokong kawasan perindustrian berat seperti pemprosesan logam dan bahan kimia.
  • Saluran Paip dari offshore Sarawak ke loji pemprosesan Petronas di Bintulu dan Miri
    • Gas dari kawasan seperti SK316 dan SK408 disalurkan ke Bintulu untuk pemprosesan dan penstoran.

Saluran Paip Gas Laut

Petronas juga mengendalikan banyak pipeline bawah laut yang menghubungkan pelantar minyak dan gas luar pesisir ke daratan.

  • South Acis Gas Pipeline (SAGP)
    • Menyalurkan gas dari Medan Gas South Acis ke daratan di Kerteh.
  • Baronia ke Saluran Paip Bintulu
    • Pipeline bawah laut yang membawa gas dari medan Baronia ke loji MLNG di Bintulu.
  • Kinabalu Oil dan Gas Field ke Labuan
    • Menghubungkan hasil minyak dan gas dari medan Kinabalu ke pusat pemprosesan di Pulau Labuan.

Sumber: PETRONAS

Prosedur Keselamatan Yang Perlu Diambil

Bagi para kontraktor yang bakal melakukan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan berdekatan dengan kawasan saluran paip gas ini, anda perlu dan WAJIB mengikuti kesemua prosedur keselamatan di bawah, bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi:

  • Kenal pasti sama ada kawasan kerja tersebut merupakan kawasan saluran paip gas atau tidak terlebih dahulu. 
  • Dapatkan kebenaran dari pihak bertanggungjawab sebelum melakukan kerja-kerja penggalian. Seperti PETRONAS, MBPJ dan sebagainya. 
  • Maklumkan pada pihak utiliti tempatan akan kerja-kerja yang akan dilakukan beberapa hari sebelum melaksanakan kerja-kerja penggalian. 
  • Jika sewaktu melakukan kerja-kerja penggalian anda mendapati terdapat kebocoran atau kerusakan,segera matikan sebarang peralatan bermotor atau berkuasa dan pergi dari kawasan tersebut. 
  • Hubungi pihak bertanggungjawab bagi mengetahui tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan.

Baca juga: Kebakaran Putra Heights : Punca, Kronologi & Perkembangan Terkini

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut