Penyata PERKESO – Semakan Penyata Pencen / Faedah Tahunan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jadual Pengagihan Pencen / Faedah & Cara Dapatkan Penyata Pencen PERKESO bagi Tahun 2025

Bagi anda yang sudah pun bersara atau bakal memasuki fasa tersebut, amat penting untuk anda ketahui tentang Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali sebagai PERKESO. Hal ini demikian kerana pertubuhan inilah yang bertanggungjawab dalam mengurus pencen anda.

Oleh itu, untuk anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang PERKESO ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. 

Pengenalan Penyata Pencen PERKESO

PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial pekerja-pekerja di negara kita. 

Konsep yang dijalankan oleh PERKESO ini adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021. Perkara ini merupakan asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Penyata bayaran faedah oleh PERKESO ini boleh dimuat turun atau disimpan untuk rekod kewangan persendirian individu bagi rujukan kelak.

Berikut dikongsikan cara untuk mendapatkan penyata ini.

perkeso pencen penyata
Sumber: Facebook

Baca juga: Semakan MAIK: Sistem e-Agihan dan Senarai Bantuan MAIK

Skim Pembayaran PERKESO

Untuk makluman, bayaran PERKESO adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Pencen Ilat dan Skim Bencana Pekerjaan.

i) Skim Keilatan

Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

ii) Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

  • Kemalangan Semasa Kecemasan
    • Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
  • Penyakit Khidmat
    • Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
    • Contoh Penyakit Khidmat:
      • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
      • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Jenis faedah yang ditawarkan oleh PERKESO adalah sepert HUK (Hilang Upaya Kekal), FOT (Faedah Orang Tanggungan), PENAKAT (dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan) dan ILAT (bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada pekerja yang tidak lagi mampu bekerja akibat keilatan kekal).

penyata perkeso online faedah bayaran

Cara Semak / Dapatkan Penyata Pencen PERKESO

Bagi anda yang ingin melakukan semakan penyata pencen PERKESO, anda boleh melakukannya dengan mudah mulai sekarang.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Prihatin atau terus ke laman rasmi Prihatin yang disediakan oleh PERKESO.

  1. Muat turun aplikasi Prihatin di pautan https://www.perkeso.gov.my/prihatinapp.html
  2. Daftar dan log masuk
  3. Semak maklumat dan pilih tahun penyata
  4. Sekiranya pengguna bukan merupakan penerima faedah pada tahun yang dipilih, aplikasi akan memaparkan notis ‘ Tiada penyata untuk tahun ini’.
  5. Pilih jenis faedah untuk melihat penyata – HUK, FOT, PENAKAT, ILAT
  6. Semak dan muat turun penyata ke peranti anda

Untuk lebih mudah, sila tonton video tutorial panduan muat turun penyata di bawah:

Tarikh Bayaran Faedah /Pencen PERKESO 2025

Tarikh bayaran bulanan PERKESO 2025 telah diumumkan melalui laman Facebook rasmi PERKESO. Untuk pengetahuan anda, tarikh bayaran PERKESO 2025 ini tidak sama dengan tarikh bayaran pencen. Selalunya pencen pesara akan dibayar lebih awal berbanding tarikh bayaran faedah PERKESO ini:

penyata pencen perkeso penyata perkeso online faedah bayaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut