Panduan ke Bohey Dulang, Semporna – Tiket Masuk + Tips

BOHEY DULANG
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Panduan ke Bohey Dulang, Semporna – Tiket Masuk + Tips

Bohey Dulang adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang wajib masuk dalam senarai percutian anda. 

Terletak dalam gugusan pulau Tun Sakaran Marine Park di Semporna, tempat ni terkenal dengan pemandangan yang sangat memukau. Memang port terbaiklah kalau nak ‘healing’ atau bercuti sambil tenangkan diri.

Bagi anda yang pertama kali nak ke sana, artikel ni berkongsi beberapa panduan bercuti di Bohey Dulang  termasuk cara nak pergi, aktiviti menarik, harga tiket, penginapan dan tips penting sebelum mendaki.

Jom baca!

BACA JUGA: eKasih Sabah – Bantuan Tunai Sentuhan Kasih Rakyat RM300

Bohey Dulang

Bohey Dulang merupakan sebuah pulau yang terbentuk daripada kawah gunung berapi yang telah tenggelam sebahagiannya. 

Nama “Bohey Dulang” berasal daripada bahasa Bajau yang bermaksud “kolam air”, merujuk kepada lagun biru yang dikelilingi hutan bakau dan terumbu karang kaya dengan kehidupan laut.

Anda perlu mendaki untuk sampai ke atas puncak. Dari atas puncaknya, anda boleh lihat sendiri bentuk separuh bulat pulau ni yang mengelilingi lagun air biru. Sangat unik dan rare!

Selain itu, anda boleh melihat keseluruhan kepulauan sekitar Semporna seperti Pulau Bodgaya, Pulau Tetagan serta pemandangan air laut yang kebiruan.

Sumber: Sabah Tourism

Lokasi & Cara Ke Sana

Bohey Dulang terletak di perairan Semporna, Sabah. Lebih tepatnya di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran. 

Untuk ke sini, anda perlu ke bandar Semporna terlebih dahulu, yang boleh diakses melalui penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau. 

Dari Tawau, perjalanan menaiki kenderaan ke Semporna mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit. Seterusnya, dari Jeti Umum Semporna, anda perlu menaiki bot selama kira-kira 30-45 minit untuk sampai ke Bohey Dulang.

Kebanyakan pelancong memilih untuk menyertai pakej island hopping yang merangkumi Bohey Dulang bersama beberapa pulau lain seperti Mantabuan dan Sibuan. 

  • Turun di Lapangan Terbang Tawau (airport terdekat)
  • Dari Lapangan Terbang Tawau, ambil teksi, van atau kereta sewa ke Semporna (lebih kurang 1.5 – 2 jam)
  • Dari Jeti Semporna, naik bot ke Bohey Dulang bersama pakej island hopping yang telah anda tempah

Aktiviti Menarik di Bohey Dulang

Sumber: FB BackPackerz (Dorra Suehada)

1. Hiking ke Puncak Bohey Dulang

Inilah adalah aktiviti utama di Bohey Dulang. Bohey Dulang memang terkenal dengan aktiviti mendaki ke puncak viewpoint setinggi 265 meter (puncak tertinggi 353 meter). 

Pendakian sejauh 600-700 meter ini mengambil masa sekitar 30-40 minit. Anda akan melalui laluan hutan hujan tropika yang subur dan kadangkala agak curam. Namun jangan risau, laluannya diselenggara dengan baik dan terdapat tangga kayu di beberapa bahagian. 

Sampai sahaja di puncak, anda akan disajikan panorama lagun berbentuk bulan sabit, air laut bergradasi biru-turquoise, dan pemandangan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Anda pasti terpegun!

2. Snorkeling & Scuba Diving

Walaupun Bohey Dulang sendiri tidak dibuka untuk aktiviti snorkeling, biasanya dalam satu trip island hopping, anda akan dibawa ke Pulau Mantabuan atau Sibuan yang terkenal dengan terumbu karang cantik dan hidupan laut yang kaya.

Perairan sekitar Bohey Dulang menawarkan pengalaman snorkeling bertaraf dunia dengan terumbu karang hidup yang dipenuhi ikan tropika, penyu, pari, dan hidupan laut unik seperti Manta Rays di sekitar Pulau Mantabuan. 

Spot popular termasuk Sibuan Reef dan Bodgaya lagoon yang kaya dengan biodiversiti marin termasuk nudibranchs dan sponge langka. 

3. Berkayak di Lagun

Lagun Bohey Dulang yang tenang sesuai untuk aktiviti berkayak. Pengunjung boleh menyewa kayak dari pusat marin atau kampung nelayan, merentasi hutan bakau sambil memerhati burung, monyet, dan kehidupan pantai. Pengalaman ini sesuai untuk semua peringkat umur. 

Sumber: FB BackPackerz (Dorra Suehada)

4. Lawatan Budaya ke Perkampungan Bajau Laut

Kebanyakan pelancong memilih pakej gabungan yang merangkumi lawatan ke Bohey Dulang, Mantabuan, dan Sibuan. 

Aktiviti yang diadakan biasanya termasuk meneroka perkampungan Bajau Laut (orang laut nomad), membeli kelapa segar, atau bersantai di pantai pasir putih sambil menikmati kejernihan air kristal. 

Interaksi dengan komuniti Bajau Laut yang tinggal di atas bot atau rumah panggung boleh memberikan insight baru tentang kehidupan nomadik mereka. 

Sumber: FB BackPackerz (Dorra Suehada)

5. Bergambar di Spot Ikonik

Sudut dari atas puncak Bohey Dulang adalah spot paling Instagram-worthy! Kalau kena timing, langit biru dan laut turquoise akan hasilkan gambar yang macam wallpaper.

Tips & Persediaan Sebelum Mendaki Bohey Dulang

  1. Pakaian & Kasut: Pakai pakaian yang ringan dan menyerap peluh serta kasut sukan atau hiking yang sesuai kerana laluan agak licin dan berbatu.
  1. Air & Snek: Bawa air secukupnya dan sedikit snek untuk tenaga kerana tiada kedai di atas puncak.
  1. Keselamatan: Elakkan mendaki selepas hujan lebat kerana laluan boleh menjadi licin dan kadangkala ditutup atas faktor keselamatan. 
  1. Pendaftaran & Guide: Semua pendaki perlu mendaftar dan biasanya diwajibkan mengambil guide (RM50 untuk setiap 6 orang). Aktiviti mendaki hanya dibenarkan bersama guide yang berdaftar dengan Taman-Taman Sabah.
  1. Jaga Alam Sekitar: Pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata dan patuhi arahan pihak taman.

Harga Tiket Masuk Bohey Dulang (Kadar 2025)

Kategori18 Tahun & Ke Atas17 Tahun & Ke BawahCatatan
01WarganegaraRM 20 /seorangRM 10 /seorang12 tahun ke bawah, 60 tahun ke atas & OKU: Percuma
02AntarabangsaRM 50 /seorangRM 30 /seorang
Nota: Pemandu Gunung: RM 50 /mendaki/6 orang
Sumber: https://www.sabahparks.org.my/tun-sakaran-marine-park 

Pilihan Tempat Penginapan di Sekitar Semporna 

Berikut adalah beberapa cadangan tempat penginapan terbaik di sekitar Semporna untuk memudahkan perjalanan anda ke Bohey Dulang:

1. Sea Star Resort Semporna

Sea Star Resort Semporna adalah antara pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan pengalaman penginapan eksklusif dengan pemandangan laut. 

Resort ini terletak berhampiran bandar Semporna. Jadi memang mudah nak ke jeti untuk ke Bohey Dulang. 

2. Seafest Hotel

Seafest Hotel terkenal dengan lokasinya yang strategik di tepi laut dan berhampiran jeti utama Semporna. Memang praktikal lah bila menginap di sini. Walaupun hotel ini sudah lama beroperasi, servis dan kemudahannya masih tiptop.

3. Sipadan Inn 2 Semporna

Sipadan Inn 2 juga antara pilihan penginapan yang terletak berhampiran jeti dan pusat bandar. Bilik-biliknya bersih, selesa, dan menawarkan pemandangan laut pada harga yang berpatutan.

4. Cube Bed Station Hostel

Cube Bed Station Hostel adalah pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai bajet terhad atau backpacker. Hostel ini terletak di bandar Semporna dan menawarkan bilik asrama serta peribadi dengan kemudahan asas, bar, dapur kongsi, dan ruang santai. 

Lokasinya juga berhampiran jeti, jadi sangat memudahkan perjalanan anda untuk ke Bohey Dulang.

5. Parapat Water Village Resort

Kalau anda nak bermalam jauh sikit dari pusat bandar, anda boleh pilih untuk menginap di Parapat Water Village Resort. Resort ini terletak di Kampung Tanjung Parapat, kira-kira 6.8 batu dari pusat Semporna. 

Resort ini menawarkan penginapan dalam bentuk chalet atas air dan paling best, sangat privasi serta pemandangannya menghadap laut yang menenangkan. 

Tempahan penginapan di Semporna boleh dilakukan melalui KLOOK untuk harga yang lebih berbaloi!

Klook.com

Pakej Pelancongan Semporna – Bohey Dulang

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai pakej pelancongan ke Bohey Dulang, antaranya pakej 3 hari 2 malam yang merangkumi penginapan, makan, dan aktiviti island hopping. 

Pakej pelancongan biasanya bermula dari Lapangan Terbang Tawau, diikuti perjalanan ke Semporna dan seterusnya ke Bohey Dulang Resort dengan bot. 

Anda boleh memilih pakej mengikut bajet dan keperluan, sama ada untuk keluarga, pasangan, atau kumpulan rakan. 

Pastikan anda pilih agen yang dipercayai okay!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut