Niat Ganti Puasa Ramadan
Mungkin ada di kalangan kita yang masih belum habis ganti puasa Ramadan yang lepas.
Bagi anda yang bercadang untuk laksanakannya, jom ikuti perkongsian daripada kami.
Baca Juga : Kalendar Islam 2024 / 1445H & Tarikh Penting
Hukum Ganti Puasa
Hukum ganti puasa adalah wajib seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183-184 yang bermaksud :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ;dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)
Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Waktu Untuk Niat Ganti Puasa
Menerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.
Riwayat al-Nasaie (2334)
Hukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat
Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.
Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Waktu Ganti Puasa Ramadan
Anda boleh gantikan puasa pada bila-bila masa selepas bulan Ramadan sehinggan ke bulan Ramadan seterusnya kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha.
Walau bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda jalani ibadah puasa ganti dengan lebih lancar. Selamat beramal dan selamat menunaikan ibadah puasa!