Aktiviti Mewarna Maal Hijrah & Muat Turun Poster

Aktiviti mewarna poster merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan sempena Maal Hijrah.

Untuk aktiviti ini, hasil mewarna yang cantik dan kreatif oleh murid akan dipilih oleh barisan juri yang terdiri daripada para guru.

Aktiviti ini juga secara tidak langsung boleh memupuk penghayatan murid terhadap sambuta Maal Hijrah.

Untuk sambutan Maal Hijrah yang akan berlangsung pada 8 Julai 2024 (Isnin) akan datang, berikut adalah contoh-contoh poster yang boleh digunakan untuk aktiviti mewarna tersebut.

Apa Itu Sambutan Maal Hijrah?

Sambutan Maal Hijrah ialah sambutan yang disambut oleh umat Islam sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat baginda yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Peristiwa ini memberikan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh dunia.

Susulan peristiwa hijrah, takwim Islam mula diperkenalkan sebanyak 12 bulan, bermula dengan bulan Muharam sehingga Zulhijjah. 

Keistimewaan Muharam perlu diketahui kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan dikenali sebagai bulan Allah atau ‘syahrullah.’

Dalam tradisi kehidupan orang Arab, mereka tidak ada ketetapan bilangan tahun, sebaliknya kiraan hanya mengikut bulan seperti Safar, Rejab dan Rabiulawal yang berlaku sekian lama serta berterusan.

Namun, selepas kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengajar tentang kepentingan untuk memiliki penanda tarikh, tetapi waktu itu masih belum wujud bilangan tahun.

Sejarah takwim Islam sebenarnya hanya bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab RA pada 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah.

Di sampung itu juga, peristiwa Hijrah merupakan perkara penting kerana bukan sekadar perpindahan Rasulullah SAW dan sahabat ke Madinah, ianya turut memberi impak kepada kewujudan surah Makkiyah dan Madaniyah di dalam al-Quran.

Muat Turun Poster Mewarna Maal Hijrah

Berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun dan dicetak untuk aktiviti mewarna sempena Maal Hijrah.

Menariknya, poster-poster ini boleh digunakan untuk semua lapisan umur dan juga sebagai pertandingan di sekolah.

Kredit: Blog Ustazah Liana & MyIris Studio

Bantu kami share artikel ini: