Malaysia vs Vietnam [LIVE] – Kelayakan Piala Asia 2026/2027

malaysia vs vietnam
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Perlawanan Malaysia vs Vietnam malam ini bakal menjadi tumpuan utama peminat bola sepak tanah air dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2026/2027.

Aksi penuh debaran ini bukan sahaja penting untuk mengukuhkan kedudukan kumpulan, malah menjadi peluang keemasan buat Harimau Malaya membuktikan kemampuan sebenar di pentas Asia.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri dan sokongan padu penyokong, Malaysia dijangka tampil dengan semangat juang tinggi menentang cabaran hebat dari Vietnam yang terkenal dengan corak permainan pantas dan disiplin taktikal.

Adakah Harimau Malaya mampu mencipta kejutan? Nantikan aksi menarik ini secara langsung malam ini!

Baca juga: Terbuka Indonesia 2025 – Keputusan Terkini Pasukan Layak ke Final

Pengenalan Kelayakan Piala Asia 2026/2027

Kelayakan Piala Asia 2026/2027 merupakan satu kejohanan penting dalam kalendar bola sepak Asia yang menjadi medan persaingan antara negara-negara di bawah naungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk merebut tempat ke pentas akhir Piala Asia.

Proses kelayakan ini bukan sahaja menentukan pasukan terbaik rantau Asia, tetapi juga menjadi penanda aras kepada perkembangan bola sepak di setiap negara.

Dalam edisi kali ini, skuad Harimau Malaya turut mengorak langkah dengan misi besar untuk melayakkan diri ke Piala Asia secara konsisten, susulan prestasi membanggakan pada edisi terdahulu.

Dibimbing oleh ketua jurulatih Peter Cklamovski, skuad kebangsaan Malaysia hadir dengan gabungan pemain berpengalaman dan bintang muda yang semakin menyerlah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antara tonggak utama termasuklah Safawi Rasid, Arif Aiman, Dion Cools, dan Faisal Halim yang menjadi tunjang kekuatan pasukan.

Persediaan rapi menerusi siri perlawanan persahabatan, latihan intensif dan pendedahan antarabangsa dijangka dapat memperkukuh peluang Harimau Malaya dalam saingan kumpulan.

Dengan sokongan padu penyokong tempatan dan semangat juang tinggi dalam kalangan pemain, Malaysia berharap dapat mencipta sejarah dengan layak ke pusingan akhir dan memberi saingan sengit kepada pasukan gergasi Asia yang lain.

Malaysia vs Nepal – Kelayakan Piala AFC Asian Cup 2026/2027

Malaysia kini di tangga ke 2 Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu 3 mata, sama seperti Vietnam, cuma dibezakan jaringan!

malaysia vs vietnam
Kredit: Flash Sukan

Jom sama-sama bagi sokongan padu untuk Malaysia mendapatkan kemenangan menentang Vietnam malam ini!

Info perlawanan :

  • Tarikh : Selasa, 10 Jun 2025
  • Waktu : 9.00 malam
  • Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Berikut adalah 30 pemain Sukad Harimau Malaya :

malaysia vs vietnam

Live Streaming Malaysia lwn Vietnam

Berikut antara link untuk anda tonton perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia vs Vietnam secara LIVE pada malam ini:

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Tayangan Skrin Besar perlawanan Malaysia vs Vietnam ini bagi anda yang tidak berkesempatan ke stadium seperti maklumat berikut:

Baca juga: STL Division 1 – Jadual Perlawanan 2025 & Keputusan Terkini

Pembelian Tiket

Bagi yang berkesempatan untuk hadir dan bersama-sama menyaksikan perlawanan Malaysia vs Vietnam Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, anda boleh beli tiket perlawanan di sini: https://ticket.tickethotline.com.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut