8 Makanan Untuk Sakit Sendi : Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sakit sendi adalah masalah kesihatan yang sering dialami oleh ramai, khususnya golongan warga emas.

Kebiasaannya, masalah ini berpunca daripada penyakit atritis atau kecederaan pada sendi, di mana keradangan menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesakitan.

Namun, masalah ini boleh diuruskan. Selain menerusi rawatan perubatan, pengambilan makanan yang berkhasiat juga berpotensi untuk membantu mengurangkan sakit sendi.

Ayuh kita semak beberapa makanan untuk sakit sendi yang anda boleh amalkan. 

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Yang Perlu Anda Cuba

1. Produk Tenusu

makanan untuk sakit sendi

Produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu mengandungi vitamin B12 dan kalsium untuk kesihatan tulang.

Sekiranya anda mengamalkan diet vegetarian atau tidak boleh mengambil laktosa (lactose intolerant), anda boleh mengambil alternatif lain seperti susu badam atau soya. 

2. Sayuran Hijau Berdaun

Jangan lupa untuk banyakkan sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli kerana ia dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan sendi melalui kebaikan vitamin K dan kalsium. 

3. Ikan dan Minyak Ikan 

Ikan seperti kembung, selar dan sardin cukup baik untuk diamalkan bagi orang yang mengalami sakit sendi. 

Ia bukan sahaja sumber protein yang baik, malah vitamin D dan lemak asid omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan serta menyokong kesihatan tulang. 

Selain mengambil ikan anda juga boleh amalkan supplemen minyak omega-3 untuk kesihatan sendi. 

4. Kekacang dan Bijian 

makanan untuk sakit sendi
Sumber : clevelandclinic.org

Kekacang dan bijian seperti gajus, badam dan biji chia juga tergolong sebagai makanan untuk sakit sendi yang baik untuk diamalkan.

Bukan sahaja enak, malah ia juga diperkaya dengan kebaikan seperti magnesium, fosforus serta lemak sihat yang bemanfaat untuk sendi. 

5. Protein 

Janga lupa juga untuk makan protein setiap hari seperti ayam, ikan, tempe dan tauhu untuk sendi yang sihat kerana ia memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium dan pembinaan tisu.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk makan telur sebagai sumber protein ringkas namun tinggi khasiat protein serta vitamin D. 

6. Buah-Buahan 

Jangan tak tahu yang buah-buahan tinggi vitamin C seperti oren, kiwi, nanas dan buah-buahan beri dapat menyokong kesihatan tisu tulang.

Pada masa yang sama buah-buahan tinggi antioksida ini juga dapat mencegah keradangan serta membantu menghasilkan kolagen. 

7. Bijirin Penuh 

makanan untuk sakit sendi

Bijirin penuh seperti oat, beras perang dan quinoa kaya dengan serat yang membantu dalam mengurangkan keradangan sendi.

Kebanyakan bijirin penuh juga mengandungi fosforus iaitu mineral yang menyokong kalsium membina tulang yang kuat serta mencegah kerosakan sendi.

Pada masa yang sama, ia juga dapat menyokong kawalan berat badan seseorang bagi mengurangkan impak pada sendi. 

8. Sup Tulang

makanan untuk sakit sendi
Sumber : Ajinomoto

Glukosamin, kondroitin dan asid amino telah terbukti membantu mengekalkan kesihatan sendi, manakala kalsium pula penting untuk ketumpatan tulang. Sup tulang mengandungi semua bahan ini.

Bahan seperti gelatin yang terhasil daripada proses memasak tulang menyerupai kolagen yang secara semula jadi terdapat dalam sendi, tendon dan ligamen kita.

Oleh itu, adalah baik untuk anda amalkan sup tulang sebagai salah satu makanan untuk sakit sendi.

Walaupun makanan tidak boleh mengganti rawatan perubatan, namun ia boleh menjadi pelengkap serta menyokong kesihatan sendi yang lebih baik.

Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, individu dengan sakit sendi juga berpeluang untuk nikmati hidup yang lebih berkualiti. 

Sumber : caryortho.com, Medical News Today

Baca Juga : 7 Makanan Untuk Orang Demam, Wajib Ambil Agar Cepat Sembuh

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut