Larangan Penjawat Awam Membuat Pernyataan Di Media Sosial

LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM DI MEDIA SOSIAL BAGI PENJAWAT AWAM : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]

Integriti adalah amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan walaupun tidak diperhatikan atau diawasi.

Membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap manusia harus memiliki sifat integriti agar urusan kehidupan kita menjadi lebih teratur dan harmoni.

Pembudayaan amalan integriti dapat melahirkan warga kerja yang lebih efisien, produktif dan beretika. Keadaan ini akan mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar dipatuhi.

Sistem tadbir urus sektor awam yang baik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan utama dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Integriti Media Sosial Penjawat Awam yang patut anda tahu.

Integriti Media Sosial Dalam Kalangan Penjawat Awam

Seseorang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis tanpa kebenaran bertulis YB Menteri :

Seseorang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan

Membuat apa-apa pernyataan awam mengenai dasar, program, atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu

Memberi apa-apa maklumat faktual berhubung jabatannya

Memberi apa-apa penjelasan atau laporan berhubung apa-apa insiden di jabatannya

media sosial penjawat awam

Etika Penggunaan Media Sosial oleh Penjawat Awam

Penjawat awam hendaklah mengamalkan etika penggunaan media sosial dengan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] sebelum membuat pernyataan awam:

  • TIDAK menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi ketika waktu pejabat
  • TIDAK mendedahkan maklumat rasmi dalam media sosial
  • TIDAK membuat komen berbentuk serangan peribadi atau isu-isu yang melibatkan agensi
  • SEMAK ketepatan dan sensitiviti maklumat sebelum dihantar
  • PASTIKAN perkongsian/penggunaan maklumat berkenaan dengan hak cipta atau harta intelek mendapat kebenaran
media sosial penjawat awam TATATERTIB

Tindakan Tatatertib

Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati bersalah yang boleh membawa hukuman maksimum buang kerja kerana perbuatan tersebut ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan menjejaskan imej perkhidmatan awam.

(Sumber : Surat KPPA 15 Julai 2016)

Muat Turun : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]

https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PA/pua3951993/

Buku Etika Penjawat Awam

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan buku Etika Perkhidmatan Awam.

Buku ini mengandungi panduan praktis etika-etika yang perlu diterapkan oleh penjawat awam di Malaysia selaras dengan penyampaian perkhidmatan terbaik.

Bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti dan profesional, buku Etika Perkhidmatan Awam ini boleh menjadi panduan kepada penjawat awam untuk menerapkan nilai, integriti dan etika yang tinggi menerusi pemahaman dan penghayatan daripada sumber yang komprehensif.

Justeru, buku ini boleh dilayari dan dimuat turun melalui pautan seperti berikut:

http://www.psp.edu.my/pspweb/files/staf/Etika%20Perkhidmatan%20Awam%202021_30jun2021_210716_231504.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!