Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Transformasi Masyarakat India atau MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri kini mengalu-alukan pendaftaran bagi menyertai Kursus Pastri dan Bakeri secara percuma khas untuk golongan wanita berbangsa India.

Program Memperkasakan Usahawan Wanita dalam Pastri dan Bakeri ini diwujudkan bagi melahirkan golongan usahawan India yang berkemahiran tinggi.

Baca Juga : Senarai Lokasi dan Kursus IKBN (Institut Kemahiran Bina Negara)

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi yang berminat, anda boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 24 November 2022.

Butiran Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA

Untuk makluman, program ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu pada 5 Disember hingga 9 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 hingga 16 Disember 2022.

Kursus ini akan dijalankan di King’s College, Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Peserta yang berjaya menamatkan kursus bakal menerima sijil.

Modul Kursus

Peserta akan didedahkan kepada kemahiran pastri dan bakeri berdasarkan modul berikut :

  • Pengenalan program dan prosedur perniagaan pastri dan bakeri.
  • Kek span “Gluten Free” dan rendah kalori dan seni bergaya dan hiasan.
  • California Raisin Meringue Pai.
  • Pumpkin Scone dan Kek Pisang Kelapa.
  • Keusahawanan dan e-Dagang.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berbangsa India daripada golongan B40.
  • Berumur di antara 18 hingga 35 tahun.
  • Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang perniagaan pastri.
  • Hanya 60 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.

Cara Memohon

Calon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan untuk buat permohonan secara atas talian :  https://docs.google.com/forms/d/1ZckL4KwR0BhOT5AUYFTBeRqgIeCKv4WMt8cayJrXwb8/viewform?edit_requested=true&fbclid=IwAR29de1my6EoNP7nqhOa6a8y9NzqR5aTjOtn9KdSqEUmNo-3OnluhMihZdo.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA, sila sila hubungi talian berikut:

  • 018-222 5398
  • 018-222 1563
  • 018-222 1789
Bantu kami share artikel ini: