Kilauan Emas 2024: LIVE & Keputusan Terkini

Pertandingan realiti Kilauan Emas kembali lagi pada tahun 2024 setelah 7 tahun menyepi daripada industri dunia hiburan tanah air.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rancangan ini dan bagaimana untuk anda menontonnya setiap minggu.

Pengenalan – Kilauan Emas 2024

Program realiti ini lebih unik jika dibandingkan dengan program realiti lain di Malaysia kerana pesertanya hanya terdiri daripada mereka yang sudah berumur lebih daripada 45 tahun.

Selama 6 musim mengekalkan tagline ‘Otai Masih Berbisa’ , tahun ini masih menepati format dan tujuan rancangan dengan tagline baru “ Otai Kembali Berbisa”.

Rancangan Kilauan Emas sememangnya telah mengangkat Juara -Juara yang datang dari latar belakang yang menarik dan berlainan sejak tahun 2011, antaranya Ali Norpiah (Juara Musim 1), Fuad (Juara Musim 2), Meor Yazid (Juara Musim 3), Arip (Juara Musim 4), Wak Mustar (Juara Musim 5) dan yang terakhir Kilauan Emas Otai dimana juara setiap musim berentap kembali yang di menangi oleh Wak Mustar (Juara Musim 6).

Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan Kilauan Emas 2024 kali ini:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 45 tahun ke atas
  2. Tidak pernah merakamkan sebarang album
  3. Tidak terikat dengan kontrak syarikat rakaman
  4. Sila bawa sekeping salinan Kad Pengenalan
  5. Sekeping gambar berukuran 3R (gambar profile kepala hingga paras pinggang)

Sesi Uji Bakat

Sesi ujibakat Kilauan Emas 2024 telah diadakan pada 3 & 4 Ogos bertempat di SACC Mall Shah Alam.

Tidak seperti penganjuran sebelum ini, sesi uji bakat hanya dilakukan di satu lokasi sahaja.

Setelah di tapis, hanya 20 orang finalis yang terpilih berentap semula di pentas TOP 20 pada 5 Ogos 2024. 

Format Pertandingan

Kilauan Emas 2024 merupakan sebuah rancangan program reality televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah disiarkan sebanyak 6 musim di Astro Prima.

Tidak seperti program realiti nyanyian yang lain, program ini mencari dan mengetengahkan bakat nyanyian bagi warga emas yang berumur 45 tahun ke atas.

Setiap minggu peserta akan diadili oleh 3 orang Juri Tetap yang akan memberikan markah sebanyak 70%, manakala 20 % daripada Juri Awam & 10% hasil dari undian penonton di rumah.

Juara Kilauan Emas 2024 kali ini bakal memenangi wang tunai berjumlah RM50,000.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih

Siaran Langsung : Tonton LIVE Streaming Kilauan Emas 2024

Musim terbaru Kilauan Emas 2024 akan bersiaran di saluran Astro Prima setiap hari Sabtu jam 9 malam, bermula 14 September 2024.

Pautan LIVE Streaming : https://www.youtube.com/watch?v=bUfXQx73Ew4

MINGGU 1

HIGHLIGHT MINGGU 1

MINGGU 2

HIGHLIGHTS MINGGU 2

Senarai Peserta Kilauan Emas 2024

kilauan-emas-2024

Berikut merupakan senarai 12 peserta yang melayakkan diri untuk pertandingan Kilauan Emas 2024 pada tahun ini beserta latarbelakang ringkas mengenai diri mereka:

MARIA

  • Nama: Mariani Mustafa @ Mamat
  • Asal: Setiu, Terengganu
  • Pekerjaan: Busker

WAN

  • Nama: Ridzuan Bin Yusof
  • Asal: Putrajaya, Wilayah Persekutuan
  • Pekerjaan: Pegawai Imigresen

SUE

  • Nama: Sueneata Bt Hamzah
  • Asal: Ulu Kinta, Perak
  • Pekerjaan: Tukang Jahit

BALQIS

  • Nama: Bulqis Bt Sadak
  • Asal: Telipuk, Sabah
  • Pekerjaan: Peniaga Sambal

DINO

  • Nama: Shamsuddin Bin Md Ali
  • Asal: Kulim, Kedah
  • Pekerjaan: Pesara PDRM

GIE

  • Nama: Roziah Binti Abd. Hamid
  • Asal: Mersing, Johor
  • Pekerjaan: Suri Rumah

SIDI

  • Nama: Marsidi Bin Mansor
  • Asal: Alor Setar, Kedah
  • Pekerjaan: Inspektor Penjara, Jabatan Penjara Malaysia

INA

  • Nama: Nur Fadhlina Binti Ismail
  • Asal: Georgetown, Pulau Pinang
  • Pekerjaan: Pegawai Perhubungan Awam (MSU)

RON

  • Nama: Noor Anizah Binti Abu Hassan
  • Asal: Malim Nawar, Perak
  • Pekerjaan: Peniaga Sate

BUDIN

  • Nama: Mohamad Shabuddin Bin Sehu Mohamed
  • Asal: Georgetown, Pulau Pinang
  • Pekerjaan: Peniaga Pakaian

ATIE

  • Nama: Mahzuriyati Bt Abd Malek
  • Asal: Jelebu, Negeri Sembilan
  • Pekerjaan: Peniaga Online

HAMID

  • Nama: Hamidon Bin Abdul Karim
  • Asal: Ipoh, Perak
  • Pekerjaan: Pemandu Lori

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai pertandingan Kilauan Emas 2024 ini, sila layari laman web Astro Gempak.

Ada juga boleh mengundi artis kegemaran anda melalui laman web tersebut.

Bantu kami share artikel ini: