Karangan Kepentingan Pengangkutan Awam

Isi penting dan contoh karangan bertajuk “Kepentingan Pengangkutan Awam” boleh dirujuk seperti di bawah.

Para murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan.

Isi Penting Karangan Kepentingan Pengangkutan Awam

1. Memudahkan Urusan Seharian Masyarakat

  • Contohnya, pengangkutan awam boleh digunakan oleh murid-murid untuk pergi ke sekolah.
  • Orang ramai pula boleh menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar ke tempat kerja.
  • Dengan adanya pengangkutan awam ini, urusan orang ramai untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju akan lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam.
  • Pengangkutan awam juga mengenakan tambang yang murah berbanding dengan penggunaan kenderaan yang lain.

2. Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas

  • Penggunaan pengangkutan awam mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar.
  • Jika orang ramai menggunakan pengangkutan awam, mereka akan kurang menggunakan kenderaan persendirian.
  • Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan dan kesesakan jalan raya dapat diminimakan.
  • Ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat terutamanya ketika ingin pergi ke tempat kerja.

3. Mengurangkan Masalah Pencemaran Udara

  • Apabila orang ramai menggunakan pengangkutan awam, asap kenderaan akan kurang dilepaskan ke udara.
  • Apabila asap kenderaan banyak dilepaskan, ini akan menyebabkan udara tercemar yang akan menjejaskan kesihatan.
  • Asap yang tercemar terkandung berbagai-bagai jenis gas beracun.
  • Ini boleh mengakibatkan kesihatan orang ramai terjejas dan akan menganggu aktiviti harian seseorang.

4. Mewujudkan Peluang Pekerjaan

  • Dengan adanya pengangkutan awam, ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
  • Sebagai contoh, pengangkutan awam seperti bas memerlukan ramai pemandu bas untuk memastikan bas beroperasi.
  • Begitu juga dengan kereta api yang memerlukan kakitangan teknikal untuk menjalankan penyelenggaraan bagi memastikan kereta api tersebut berjalan dengan baik.
  • Memberikan peluang pekerjaan orang ramai terutamanya generai muda di setesen-setesen kereta api yang ada. 
  • Peluang pekerjaan ini dapat mengurangkankan kadar pengangguran di dalam negara. 

Contoh Karangan Kepentingan Pengangkutan Awam

i) PENDAHULUAN

Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan awam yang ada di Malaysia antaranya ialah bas, kereta api, teksi, dan kapal terbang. Kemudahan ini disediakan tidak terhad di kawasan bandar sahaja tetapi juga di kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh orang ramai ke destinasi yang dituju. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke sesuatu tempat yang ingin dilawati. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

ii) ISI 1: MEMUDAHKAN URUSAN SEHARIAN MASYARAKAT

Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Sebagai contoh, pengangkutan awam boleh digunakan oleh murid-murid untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula boleh menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar ke tempat kerja. Dengan adanya pengangkutan awam ini, urusan orang ramai untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju akan lebih mudah dengan adanya pengangkutan awam. Malah, pengangkutan awam mengenakan tambang yang murah berbanding dengan penggunaan kenderaan yang lain.

iii) ISI 2: MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS

Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan pengangkutan awam mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar. Ini kerana jika orang ramai menggunakan pengangkutan awam, mereka akan kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan dan kesesakan jalan raya dapat diminimakan. Ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat terutamanya ketika ingin pergi ke tempat kerja. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dengan adanya pengangkutan awam di dalam sesebuah negara.

iv) ISI 3: MENGURANGKAN MASALAH PENCEMARAN UDARA

Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Ini kerana apabila orang ramai menggunakan pengangkutan awam, asap kenderaan akan kurang dilepaskan ke udara. Apabila asap kenderaan banyak dilepaskan, ini akan menyebabkan udara tercemar yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, asap yang tercemar terkandung berbagai-bagai jenis gas beracun. Ini boleh mengakibatkan kesihatan orang ramai terjejas dan akan menganggu aktiviti harian seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutan awam oleh orang ramai.

v) ISI 4: MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN

Seterusnya, pengangkutan awam juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini kerana dengan adanya pengangkutan awam, ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Sebagai contoh, pengangkutan awam seperti bas memerlukan ramai pemandu bas untuk memastikan bas beroperasi. Begitu juga dengan kereta api yang memerlukan kakitangan teknikal untuk menjalankan penyelenggaraan bagi memastikan kereta api tersebut berjalan dengan baik. Ini sekaligus memberikan peluang pekerjaan orang ramai terutamanya generai muda di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini dapat mengurangkankan kadar pengangguran di dalam negara. Oleh itu, pengangkutan awam terbukti mampu memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang ramai.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan awam yang boleh dinikmati oleh orang ramai. Oleh itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin. Semua pihak perlulah menggunakan pengangkutan awam dengan bertanggungjawab bagi memastikan pengangkutan awam kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Bantu kami share artikel ini: