Kelebihan Derma Darah, Panduan dan Manfaat Khas Untuk Penderma

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan terutamanya golongan belia digalakkan untuk menderma darah kerana ia sentiasa diperlukan oleh pesakit dan permintaan bagi bekalan darah tidak pernah berkurangan.

Secara anggaran, 1 beg darah diperlukan bagi setiap 43 saat di Malaysia bagi menampung keperluan pesakit.

Kelebihan Derma Darah

Selain dapat membantu pesakit yang memerlukan, terdapat pelbagai kelebihan derma darah yang dapat diperoleh antaranya :

  • Dapat menyelamatkan sehingga tiga nyawa pesakit
  • Penderma dapat mengetahui kumpulan darah, bacaan tekanan darah dan tahap hemoglobin
  • Baik untuk kesihatan dan dapat memelihara kesihatan jantung
  • Membakar lebih kurang 600 kalori bagi setiap satu beg darah
  • Penderma akan berasa sihat dan segar
  • Dapat meningkatkan tahap kepuasan diri apabila membantu pesakit yang lebih memerlukan.

Manfaat Khas Untuk Penderma Darah

Untuk penderma darah, sebuah rekod akan direka bagi melayakkan mereka mendapat beberapa keistimewaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah kelebihan rawatan kesihatan yang layak diterima oleh individu yang giat menderma darah :

  • 1 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar & rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray & pembedahan) dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*
  • 2 kali :
    • Percuma suntikan pencegah Hepatitis B dalam tempoh 12 bulan*
  • 2-5 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*
  • 6-10 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun* & rawatan perubatan kelas 2 untuk tempoh 6 bulan*
  • 11-15 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun*, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 1 tahun*
  • 16-20 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 2 tahun*
  • 21-30 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 3 tahun*
  • 31-40 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 tahun*
  • 41-50 kali :
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 6 tahun*
  • Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole Blood”) lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
    • Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan, wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun* & wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 tahun* di wad kelas 1.

*Dari tarikh pertama menderma

kelebihan derma darah
Sumber: BERNAMA

Panduan Derma Darah

Bagi yang pertama kali atau sudah lama tidak menderma darah, di sini kami kongsikan beberapa panduan sebagai persediaan.

Sebelum Menderma Darah

  • Ketahui lokasi menderma darah dan kriteria menderma darah dengan melayari www.pdn.gov.my.
  • Minum air kosong secukupnya.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 5 jam.

Pada Hari Menderma Darah

  • Pastikan anda sihat dan tiada simptom seperti demam, batuk, atau kesukaran bernafas.
  • Cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan.
  • Makan sebelum menderma darah dan minum air kosong secukupnya.
  • Jangan lupa bawa kad pengenalan, lesen memandu atau pasport untuk pendaftaran.
  • Lakukan senaman regangan otot semasa menderma darah.

Selepas Menderma Darah

  • Makan makanan ringan dan minuman yang disediakan
  • Minum lebih banyak air
  • Elakkan minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam.
  • Kurangkan pendedahan berterusan kepada cahaya matahari buat sementara waktu bagi mencegah dehidrasi.
  • Tidak digalakkan untuk mengangkat atau melakukan senaman berat untuk tempoh 6-8 jam bagi mengelakkan bengkak di kawasan pendermaan darah.
  • Hentikan aktiviti sekiranya pening atau pitam. Dapatkan rehat secukupnya sehingga pulih.
  • Rehat di atas katil selama 10 minit.
kelebihan derma darah

Kad Derma Darah Digital Di MySejahtera

derma darah mysejahtera

Berita baik buat individu yang gemar menderma darah. Sejak tahun 2022, aplikasi MySejahtera telah menambah satu lagi fungsi menarik yang sangat memudahkan para penderma darah iaitu kad derma darah digital.

Jika sebelum ini seseorang penderma darah perlu membawa sebuah buku merah yang merekodkan tarikh dan kekerapan anda menderma darah, dengan fungsi terbaru MySejahtera ini segala info dari kad derma darah akan dipaparkan dalam aplikasi ini.

Walau bagaimanapun, buat masa ini sistem ini hanya boleh merekodkan aktiviti derma darah di pusat pendermaan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja.

Setakat ini, sistem tersebut hanya digunakan di 22 pusat kutipan darah sahaja iaitu :

  1. Pusat Darah Negara
  2. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
  3. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
  4. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
  5. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
  6. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
  7. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
  8. Hospital Taiping, Perak.
  9. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
  10. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  11. Hospital Pulau Pinang.
  12. Hospital Miri, Sarawak
  13. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
  14. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
  15. Hospital Seri Manjung, Perak.
  16. Hospital Umum Sarawak.
  17. Hospital Sibu, Sarawak.
  18. Hospital Tawau, Sabah.
  19. Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
  20. Hospital Sandakan, Sabah.
  21. Hospital Melaka.
  22. Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber : https://mail.pdn.gov.my/

Dengan erti kata lain, bilangan pendermaan darah yang dipaparkan adalah merujuk kepada data yang diperolehi daripada BBISV2 sahaja.

Data pendermaan darah yang tidak direkodkan dalam BBISV2 buat masa kini tidak termasuk sebagai bilangan pendermaan.

kelebihan derma darah

Dengan pelbagai kelebihan derma darah serta keistimewaan yang bakal diterima oleh penderma, anda juga berpeluang untuk membantu lebih ramai pesakit dan mendapat pelbagai manfaat.

Oleh itu, ayuh kita bersama-sama menderma darah.

Lokasi Kempen Menderma Darah Terkini

Untuk mengetahui di manakah lokasi Kempen Menderma Darah di sekitar anda, sila rujuk maklumat melalui Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk tampil untuk menderma darah di Pusat Darah Negara, Unit Bergerak atau Pusat Pendermaan Darah di Hospital KKM berdekatan.

Anda juga boleh hubungi Pusat Darah Negara menerusi butiran berikut :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut