Kadar Zakat Fitrah Melaka 2025 & Bayaran Online

JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI MELAKA TAHUN INI (1446H / 2025)

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Hukum & Syarat

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Kadar Zakat Fitrah 2025 Di Melaka

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah berbincang dan bersetuju mengenai Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka Pada Tahun 1446 H / 2025 M DIKEKALKAN dengan tiga kadar iaitu RM7.00; RM15.00 dan RM22.00.

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1446H / 2025 bagi negeri Melaka mengikut kadar beras yang dimakan.

  • RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
  • RM 15.00 – Beras Super Import (Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Poni, Beras Wangi, Beras Jepun & Beras Merah)
  • RM22.00 – Beras Basmathi

Setiap kadar ada penjelasan tentang jenis beras yang dimakan oleh individu itu sendiri.

zakat fitrah melaka 2025

Cara Bayaran Zakat Fitrah Melaka 2025

Hanya 5 Langkah Mudah, Cepat & Selamat 

  1. Klik pautan: https://tinyurl.com/f62pkmz7
  2. Isikan maklumat diri dan jumlah tanggungan. Semak kadar zakat yang perlu dibayar – RM7, RM15 atau RM22 berdasarkan jenis beras yang dimakan.
  3. Buat pembayaran melalui FPX Perbankan Internet (Individu) dan klik ‘Pembayaran’.
  4. Transaksi anda akan BERJAYA!
  5. Terima resit pengesahan bayaran di emel yang didaftarkan.

Zakat Fitrah anda telah selesai !

Semoga amal ibadah kita di bulan mulia ini diterima dan digandakan pahalanya oleh Allah SWT. 

Semoga para asnaf di Negeri Melaka mendapat manfaat dari zakat yang anda bayar. Insya-Allah. 

Bagi tahun 2025 ini, Zakat Melaka menyediakan 4 saluran pembayaran ZAKAT FITRAH:

  1. Amil Fitrah
  2. Kaunter-kaunter Zakat Melaka di seluruh daerah/cawangan
  3. Kaunter Bergerak (semasa ke semasa)
  4. Dalam talian (ONLINE) – https://www.izakat.com

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi : www.izakat.com