Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan masih lagi wujud walaupun tidak lagi mendapat liputan meluas dan usaha ini dipergiatkan dengan pengenalan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Pada 31 Januari lalu, inisiatif Menu Rahmah dilancarkan dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Ketika ini terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.
Sejajar dengan hasrat memberikan insentif penghargaan kepada pengusaha Menu Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah
Apa itu Kad Diskaun Khas Menu Rahmah
Kad Diskaun Khas ini merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.
Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan.
Inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.
Artikel berkaitan: Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia – KPDN
Syarat Permohonan
Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun khas ini, anda mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan seperti yang dippaparkan di atas.
Cara Mohon Kad Diskaun Khas Menu Rahmah
Permohonan bagi Kad Diskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah.
Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini kelak.
Pada bahagian menu di bahagian atas halaman tersebut, klik pada “Daftar kad Diskaun Khas”
Sehingga kini, sebanyak 43 permohonan kad ini diterima sejak inisiatif itu mula dilancarkan pada 2 November lepas.
> Dapatkan promosi kombo makanan bayi pada harga rahmah
Soalan & Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada [email protected]