Just Pets Megastore – Harga & Cara Beli Tiket Masuk

Just Pets Megastore
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Just Pets Megastore – Indoor Petting Zoo Terbesar di Malaysia!

Bagi ibu bapa yang sedang mencari lokasi ideal nak bawa anak-anak meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah bolehlah berkunjung ke Just Pets Megastore IOI Mall Damansara. 

Sekali pandang macam kedai biasa yang jual barang-barang haiwan sahaja. Tetapi sebenarnya, Just Pets Megastore ini juga merupakan indoor petting zoo terbesar di Malaysia tau!

Tempat ini sangat sesuai bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mengenali pelbagai jenis haiwan sambil melakukan aktiviti interaktif. Nak beli produk haiwan pun ada dijual di sini. 

Jom baca lebih lanjut mengenai Just Pets Megastore IOI Mall Damansara ini dalam perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Harga Tiket Zoo Taiping & Night Safari, Waktu Operasi dan Fasiliti

Just Pets Megastore (Kota Damansara)

Just Pets Megastore adalah salah satu kedai haiwan terbesar di Malaysia yang terletak di IOI Mall Damansara. 

Ia sebenarnya baru sahaja dibuka tahun lalu (2024) namun telah menarik ramai peminat haiwan untuk berkunjung ke sini. Tempat ni memang sangat mesra keluarga dan sesuai untuk bawa anak-anak kecil. 

Selain menawarkan produk makanan, aksesori dan perkhidmatan untuk haiwan kesayangan, ia juga memperkenalkan konsep Indoor Petting Zoo yang membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dengan haiwan jinak.

Dengan keluasan mencecah 99,000 kaki persegi, Just Pets Megastore menempatkan lebih daripada 500 spesies haiwan dan 3,000 haiwan hidup seperti anjing, kucing, reptil, arnab dan ikan akuarium. 

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan eksotik seperti alpaca, wallaby, capybara, biri-biri hitam dan rakun. 

Waktu Operasi & Lokasi

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad, 10.30 pagi – 8.30 malam

Alamat: IOI Mall Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Cara ke sana: 

  • Anda boleh menggunakan MRT Bandar Utama dan menaiki teksi atau e-hailing ke IOI Mall Damansara.
  • Sekiranya menggunakan kereta sendiri, terdapat tempat letak kereta yang luas disediakan di pusat membeli-belah ini.

Waktu Pertunjukan 

>> Guinea Pig Bridge Show: Setiap hari, 11:30 pagi dan 5:00 petang.

Harga Tiket Masuk & Cara Beli 

Harga tiket masuk untuk Just Pets Megastore IOI Mall Damansara adalah seperti berikut:

Dewasa:

  • Just Farm: RM 68.00 / entry
  • Just Cat: RM 48.00 / entry
  • Just Dog: RM 48.00 / entry

Kanak-kanak (3-12 tahun), Warga Emas (60 tahun ke atas), dan OKU:

  • Just Farm: RM 58.00 / entry
  • Just Cat: RM 38.00 / entry
  • Just Dog: RM 38.00 / entry

Pas tahunan: 

  • RM 980 untuk pas keluarga (4 orang)
  • RM 380 untuk pas individu
@justpets_megastore

Replying to @rayan170611 hello there, this is our entrance fee. 🤗

♬ Shy – ♡

Tiket boleh dibeli di lokasi atau melalui platform dalam talian seperti KLOOK untuk tawaran harga yang lebih menarik. 

Anda boleh taip Just Farm by Just Pets Megastore Ticket dan klik Search dalam kotak carian di bawah:

Klook.com

Apa Yang Menarik di Just Pets Megastore?

Just Pets Megastore menawarkan pelbagai tarikan menarik yang menjadikannya lebih daripada sekadar kedai haiwan biasa. Antaranya ialah: 

1. Indoor Petting Zoo

Inilah tarikan utama yang paling digemari ramai! Indoor Petting Zoo di sini membolehkan pengunjung bermain dan berinteraksi dengan haiwan jinak seperti arnab, guinea pig, burung, reptilia kecil, iguana, capybara, alpaca, wallaby, biri-biri hitam, rakun dan sebagainya. Ikan hiasan pun ada.

Pengunjung juga berpeluang bertemu dengan beberapa spesies haiwan unik yang jarang ditemui di tempat lain seperti ular sawa albino.

Selain itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan dengan makanan khas yang disediakan. Staf-staf di sini juga sangat mesra dan bersedia memberi info mengenai haiwan dan cara menjaganya.

@justpets_megastore

Not only you can pet our animal friends, you can feed them too!! Here are some of our fan favs to feed. Pst! There’s a bonus clip at the end 🤭 Where can you find us? WE ARE HERE!: 📍Just Pets Megastore, L-01 East Walk, Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara. animalfeed kl justfarm justpetsmegastore justpets tropicanagardensmall pettingzoo indoorpettingzoo indoorzoo petfriendlymall petfriendlycafe kotadamansara

♬ original sound – Just Pets Megastore – Just Pets Megastore

Kelebihan paling utama, hari hujan pun boleh datang!

2. Pertunjukan Guinea Pig

Anda juga boleh menyaksikan pertunjukan Guinea Pig yang comel setiap hari pada pukul 11.30 pagi dan 5:00 petang. Percuma sahaja. 

@justpets_megastore

Tikus Belanda aka Guinea Pig Bridge Show masih berlangsung setiap hari jam 5 petang ya!

♬ original sound – Just Pets Megastore – Just Pets Megastore

3. Pelbagai Haiwan Peliharaan untuk Dijual

Just Pets Megastore juga menawarkan pelbagai jenis haiwan peliharaan untuk dijual, termasuk anjing, kucing, reptil arnab dan ikan akuarium.  

Rujuk laman web: https://www.justpets.asia/ 

4. Produk Lengkap untuk Haiwan Kesayangan

Bagi pemilik haiwan, Just Pets Megastore adalah syurga membeli-belah kerana ia menawarkan pelbagai produk makanan haiwan yang berkualiti tinggi dari jenama terkenal. 

Bukan itu sahaja, aksesori haiwan seperti sangkar, tali leher, katil, mainan dan macam-macam lagi juga ada dijual di sini termasuk produk penjagaan kesihatan haiwan seperti suplemen dan ubatan.

5. Perkhidmatan Tambahan

Selain itu, terdapat juga pelbagai perkhidmatan lain yang ditawarkan seperti:

  • Pet Taxi Service
  • Pet Boarding And Hotel
  • Aquatic Tank Maintenance
  • Aqua Scaping Service
  • Animal Renting Service
  • Pet Relocation Service
  • Animal Logistic
  • Pet Grooming Service

6. Just Eats 

Terdapat juga perkhidmatan makanan yang dikenali sebagai Just Eats @ Just Pets Megastore, menawarkan pilihan makanan yang berpatutan. Pengunjung boleh menikmati makanan sambil menonton aktiviti haiwan di sekitar.

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau info terkini, anda boleh layari laman web atau sosial media berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut