PINTAS – Insentif Yuran Pendaftaran Taska RM100

PINTAS
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penduduk Selangor golongan M40 kini boleh memohon Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS), bantuan secara on-off berjumlah RM100 bagi yuran kemasukan anak-anak ke Taska.

Pengumuman mengenai perkara ini telah dibuat menerusi pengumuman belanjawan Selangor 2023 oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.

Insenfit ini akan diberikan bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah yang terdiri dari keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif pendaftaran tahunan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) membabitkan dana keseluruhan RM500,000.

Syarat-syarat kelayakan PINTAS

Insentif Yuran Pendaftaran Taska

Pemohon yang melepasi syarat-syarat kelayakan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) di bawah dipelawa untuk memohon:

  • Permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://pintas.yawas.com.my
  • Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara; 
  • Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor; 
  • Anak berumur 4 tahun ke bawah; 
  • Menetap di Selangor; 
  • Ibu & Bapa sedang bekerja; 
  • Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000 
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga; 
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar; 
  • Taska dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.

Senarai dokumen diperlukan

Sekiranya anda ingin memohon Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS), anda dikehendaki memuat naik salinan dokumen-dokumen berikut bagi membolehkan permohonan anda diproses:

  • salinan sijil kelahiran anak
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan daftar pengundi
  • salinan penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • salinan akaun bank
  • salinan surat akuan berkanun atau sijil anak angkat
  • salinan resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan 2023

Cara mohon Insentif Yuran Pendaftaran Taska

Permohonan untuk Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web YAWAS https://pintas.yawas.my/permohonan/

Pastikan anda mengis esgala butiran yang diminta dengan lengkap dan memuat naik dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di atas.

Berikut adalah proses permohonan bagi insentif ini:

  1. Pendaftaran dalam talian
  2. Muat naik dokumen dalam tempoh 21 hari
  3. Proses semakan
  4. Lulus
  5. Insentif RM10 akan disalurkan kepada akan pemohon

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan Insentif Yuran Pendaftaran Taska (PINTAS) ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif kerajaan Selangor ini, anda boleh menghubungi pegawai bertugas seperti berikut:

Aras 5,
Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Nombor telefon: +03 5481 8800
Emel: pertanyaan.yawas@admin

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut