Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) : Cara Permohonan & Semakan

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementeria Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar.

Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.

Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima  mendapat manfaat daripada IPR.

Artikel berkaitan: Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia

Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?

Usaha Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dimulakan untuk mencapai objektif yang berikut:

  1. Strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
  2. Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
  3. Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR (2)

3 model IPR

IPR membabitkan tiga model iaitu:

  1. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
  2. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
  3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
inisiatif pendapatan rakyat ipr

i) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.

Antara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah:

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Menerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dan buat dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termausk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemsaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.

Antara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf

iii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.

Antara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan
inisiatif pendapatan rakyat ipr 2023

Syarat-syarat Permohonan

IPR akan memfokuskan kepada golongan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Cara Permohonan & Pendaftaran IPR

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini denga mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman IPR di https://ipr.epu.gov.my/sign_up
  2. Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu
  3. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda
  4. Log masuk akaun anda
  5. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan

Maklumat Lanjut

Kementerian Ekonomi

Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Cara Permohonan IPR boleh dibuat secara atas talian dengan melayari pautan;

https://ipr.epu.gov.my/sign_up

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!