Untuk makluman, Perodua Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan sejak tahun 2022 dan jom tempah Perodua Myvi 2024!
Pengeluar kereta itu menjelaskan Myvi baharu itu akan didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan varian ini termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.
“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan standard terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan.
“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” tambah beliau.
Varian
Berikut merupakan varian Perodua Myvi 2024
- MYVI 1.3 (G) – Without PSDA: RM48,137.38
- MYVI 1.3 (G): RM50,186.99
- MYVI 1.5 (X): RM52,991.64
- MYVI 1.5 (H): RM56,790.86
- MYVI 1.5 (AV): RM61,914.88
Harga Myvi 2024
Berikut merupakan harga bagi Perodua Myvi 2024 di Semenanjung Malaysia bagi pelbagai varian yang dipasarkan:
- MYVI 1.3 (G) – Without PSDA: RM48,137.38
- MYVI 1.3 (G): RM50,186.99
- MYVI 1.5 (X): RM52,991.64
- MYVI 1.5 (H): RM56,790.86
- MYVI 1.5 (AV): RM61,914.88
Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan Perodua Myvi ini di pautan https://bit.ly/PeroduaBookOnline atau melalui tempahan di mana-mana showroom Perodua berdekatan anda.
Baca juga: Proton Saga Baru 2024: Harga, Varian, Spesifikasi, Gambar
Pilihan warna
Perodua Myvi 2024 4tersedia dalam 5 pilihan warna di Malaysia iaitu:
- Cranberry Red
- Granite Grey
- Electric Blue
- Glittering Silver
- Ivory White
Spesifikasi dan ciri menarik
Menurut Perodua, penggunaan bahan api Myvi paling jimat ialah 4.5 L/100km. Manakala penggunaan bahan api tertinggi ialah 4.7 L/100km.
Untuk varian 1.5 liter, terdapat suis power mode pada stereng yang menajamkan kuasa. Perodua mengatakan power mode “memberi anda akses kepada rangkaian penuh kuasa enjin.” Terdapat juga cermin sisi lipat automatik dan welcoming light.
Standard pada semua varian ialah kunci pintu automatik, yang dicetuskan oleh brek atau apabila kereta melebihi 20 km/j.
Varian AV terbaik bagi Myvi mendapat suite ASA yang dinaik taraf, dipanggil Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
PSDA terdiri daripada empat ciri bantuan – ASA yang disebutkan di atas, Driving Assist, Parking Assist, dan Headlamp Assist. Perodua berkata ini membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
Gambar rekaan dalaman & luaran
Berikut merupakan beberapa gambar rekaan dalaman dan luaran Perodua Myvi 2024: