Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (16-22 Januari 2025)

SENARAI HARGA TERKINI MINYAK MALAYSIA – DIESEL / PETROL RON95, RON97

Berikut dikongsikan harga minggu ini yang dikongsikan oleh KPDNHEP dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan bersama.

Harga Petrol RON95 / RON97 & Diesel Bagi Tempoh 16 Hingga 22 Januari 2025

Berikut adalah Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh  16 Hingga 22 Januari 2025 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) :

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen pada paras RM3.38 seliter;
  3. Harga runcit diesel naik 5 sen pada paras RM3.08 seliter di Semenanjung Malaysia
  4. Harga runcit diesel kekal RM2.15 di Sabah, Sarawak & Labuan.

NOTA:

  • RON95 – Khusus untuk kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja
  • RON97 – Boleh digunakan oleh semua kenderaan Malaysia & asing

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

PENYELARASAN HARGA RUNCIT DIESEL TANPA SUBSIDI

Bermula pada tengah malam hari Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit petrol di semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada harga pasaran tanpa subsidi, mengikut formula automatic pricing mechanism yang sedia ada.

Sementara itu, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan menjangka pengurangan serta-merta kerugian aktiviti ketirisan yang boleh membawa penjimatan RM4 bilion setahun.

Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah.

Untuk maklumat lanjut tentang harga produk petroleum RON95, RON97 dan Diesel, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan https://www.mof.gov.my/portal/ms/