Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) 2021 Yayasan TNB

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Yayasan Tenaga Berhad (YTN) dengan kerjasama Kemmenterian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan satu inisiatif bantuan kewangan dikenali sebagai program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF).

Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini bertujuan untuk membantu pelajar daripada kalangan golongan B40 di negara ini yang ingin melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi di negara ini.

Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini akan menyelaras dan mengenalpasti calon yang layak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di 7 IPTA, politeknik dan kolej komuniti terpilih.

Apa itu Dermasiswa My Brighter Future (MyBF)?

Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) adalah program di bawah seliaan Yayasan Tenaga Nasional yang bertujuan meringankan beban kewangan pelajar IPTA yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, fokus program ini adalah pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di IPTA di peringkat ijazah pertama dan kursus-kursus dan bidang-bidang berikut:

  • Sains
  • Teknologi
  • Kejuruteraan
  • Matematik

Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini bukanlah baru sebaliknya telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi dimana pada tahun itu 1000 calon telah menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian Ijazah di 7 IPTA yang telah dikenalpasti.

Kriteria pemilihan

  • Telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA untuk kursus-kursus yang telah dikenalpasti oleh pihak YTN
  • Calon tergolong dalam kumpulan keluarga berpendapatan rendah
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

Cara memohon

Menariknya, pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini dilakukan sendiri oleh pihak YTN dengan bantuan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini.

Jumlah tajaan

Bantuan kewangan dan jumlah tajaan yang diberikan melalui program ini adalah berbeza mengikut tahap pengajian penerima tersebut.

Secara ringkasnya, berikut adalah jumlah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar atau calon yang layak:

  • Ijazah pertama = RM10,000
  • Diploma = RM9,000
  • Sijil = RM6,600

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini, sila layari laman web rasmi Better Brighter.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut