Kad Derma Darah MySejahtera & Kelebihan Menderma Darah
Berita baik buat individu yang gemar menderma darah kerana aplikasi MySejahtera telah ditambah satu fungsi menarik yang sangat memudahkan para penderma darah iaitu kad derma darah digital.
Jika sebelum ini seseorang penderma darah perlu membawa sebuah buku merah yang merekodkan tarikh dan kekerapa anda menderma darah, dengan fungsi terbaru MySejahtera ini segala info dari kad derma darah akan dipaparkan dalam aplikasi ini.
Ingat, sebagai penderma darah anda perlu menyimpan rekod derma darah kerana anda layak mendapat beberapa manfaat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kelebihan & Keistimewaan Menderma Darah
Berikut adalah kelebihan yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang menderma darah:
- 1 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar & rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray & pembedahan) dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*
- 2 kali :
- Percuma suntikan pencegah Hepatitis B dalam tempoh 12 bulan*
- 2-5 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*
- 6-10 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun* & rawatan perubatan kelas 2 untuk tempoh 6 bulan*
- 11-15 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun*, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 1 tahun*
- 16-20 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 2 tahun*
- 21-30 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 3 tahun*
- 31-40 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 tahun*
- 41-50 kali :
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 6 tahun*
- Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole Blood”) lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan, wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun* & wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 tahun* di wad kelas 1.
*Dari tarikh pertama menderma
Jangan fikir derma darah dianggap tidak mendapat keistimewaan di Hospital nanti ya!
Kad Derma Darah Digital Di MySejahtera
Dengan kad derma darah digital ini, anda tidak lagi perlu risau sekiranya anda kehilangan kad derma darah anda.
Segala rekod derma darah anda akan direkodkan secara digital dan dipaparkan secara langsung melalui aplikasi MySejahtera.
Menarik bukan?
Untuk peringkat awal ini, walau bagaimanapun buat masa ini sistem ini hanya boleh merekodkan aktiviti derma darah di pusat pendermaan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja.
Setakat ini, sistem tersebut hanya digunakan di 22 pusat kutipan darah sahaja iaitu:
- Pusat Darah Negara
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
- Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
- Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
- Hospital Taiping, Perak.
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
- Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
- Hospital Pulau Pinang.
- Hospital Miri, Sarawak
- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
- Hospital Seri Manjung, Perak.
- Hospital Umum Sarawak.
- Hospital Sibu, Sarawak.
- Hospital Tawau, Sabah.
- Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
- Hospital Sandakan, Sabah.
- Hospital Melaka.
- Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.
Bilangan pendermaan darah yang dipaparkan adalah merujuk kepada data yang diperolehi daripada BBISV2 sahaja.
Data pendermaan darah yang tidak direkodkan dalam BBISV2 buat masa kini tidak termasuk sebagai bilangan pendermaan.
Lokasi Kempen Menderma Darah Terkini
Untuk mengetahui di manakah lokasi Kempen Menderma Darah di sekitar anda, sila rujuk maklumat melalui Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.
Soalan Lazim
Adakah jumlah bilangan derma darah yang tertera di MySejahtera anda berlainan dari jumlah yang terdapat di Kad Penderma Darah fizikal anda?
Sila rujuk infografik ini.
Maklumat Lanjut
- Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur
- 03 26132688, Faks : 03 2698 0362
- [email protected]
- www.pdn.gov.my
- Find on Google Map