Cuti Deepavali 2024 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

TARIKH DEEPAVALI 2024 DI MALAYSIA & CUTI SEKOLAH KPM

Pesta Cahaya atau Hari Deepavali adalah salah satu daripada perayaan masyarakat Hindu yang paling popular di Malaysia.

Ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil, iaitu antara bulan Oktober dan November. 

Di Semenanjung Malaysia, perayaan ini disambut dengan agak meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia.

Hari Deepavali ialah cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang perayaan ini dan tarikh cuti yang diperuntukkan oleh Kerajaan dan sekolah KPM di Malaysia.

TERKINI: Pengumuman Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali 2024

Mengikut kalendar, cuti perayaan Deepavali pada tahun 2024 jatuh pada 31 Oktober 2024 bersamaan haari Khamis.

Walaubagaimanapun, bagi penganut beragama Hindu, anda layak mendapat cuti tambahan selama 1 hari pada hari berikutnya sepertimana pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mulai 2018, kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.

Peraturan ini, katanya, telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan.

Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu

Muat Turun :

1. Surat Edaran: JPA.(S)800-1/1/7 JLD.4(15)

2. MyPPSM Ceraian SR.5.3.6 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu

Maksud Hari Deepavali

Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik dengan kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Deepavali 2022

Sambutan Di Malaysia

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Ini bertujuan menyucikan tubuh badan yang diumpamakan seperti mandi di Sungai Ganges yang bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. 

Antara makanan tradisional dan popular yang sering dihidangkan pada pagi Deepavali adalah 9 jenis hidangan sayur-sayuran antaranya ialah ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal, muruku, ‘adivasam’ dan ‘payasam’.

Aktiviti kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat akan dilakukan selepas selesai bersembahyang.

Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.

Rumah-rumah penganut Hindu turut dihiasi dengan ‘kolam’, ‘rangoli’ atau ‘muggu’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Deepavali 2024

TERKINI : Info Cuti Hari Deepavali 2024

CUTI DEEPAVALI bagi tahun 2024 jatuh pada 31 Oktober 2024 (Khamis)

CUTI TAMBAHAN telah diperuntukkan oleh KPM adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A : 30 Oktober (Rabu)
  • Kumpulan B : 30 Oktober (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat)
  • Sarawak sahaja : Tiada cuti tambahan

Sila rujuk jadual berikut untuk memudahkan anda memahami hari cuti tambahan KPM yang diperuntukkan sempena Deepavali 2024.

Rujuk kalendar kuda bulan November 2024 di bawah untuk membantu anda merancang cuti

deepavali 2024

Nota:

  • KUMPULAN A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
  • KUMPULAN B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca juga: Kalendar 2024: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia