Sukaneka: Contoh Acara Sukaneka Yang Menarik

Bagi mereka yang bekal menganjurkan acara sukaneka tetapi tidak mempunyai idea acara apa yang boleh dilakukan, berikut merupakan contoh acara yang menarik untuk dilakukan.

Berikut merupakan maksud dan contoh-contoh acara ini boleh dilaksanakan.

Maksud Sukaneka

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis.

Aktiviti ini lazimnya dilakukan sekelompok komuniti melakukan hari keluarga, team building, dan sebagainya.

Aktiviti ini juga bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturrahim tetapi juga boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Contoh Acara Sukaneka

Antara contoh acara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Membawa Bola Dengan Sudu

Peserta akan dibekalkan dengan sebatang sudu, sama ada plastk atau besi, berserta bola ping pong.

Bola ping pong akan diletakkan di atas sudu, manakala sudu dipegang dalam mulut.

Bola tersebut perlu dibawa ke garisan penamat secepat mungkin untuk dikira pemenang.

2. Lari Dalam Guni

Peserta dikehendaki masuk ke dalam guni dan perlu berlari didalamnya sehingga ke garisan penamat.

Mereka juga perlu patah balik untuk diserahkan guni tersebut kepada ahli kumpulan lain pula.

3. Cari Gula-Gula Dalam Tepung

Beberapa gula-gula disorokkan di dalam tepung dan peserta perlu mencari kesemua gula-gula atau jumlah gula-gula paling banyak menggunakan mulut dalam masa yang paling singkat untuk memenangi acara ini.

Peserta dilarang menggunakan tangan untuk mengambil gula-gula tersebut.

4. Makan Laju

Acara ini melibatkan peserta untuk memakan sesuatu hidangan, selalunya buah-buahan, dengan laju.

Buah-buahan yang disediakan perlulah dari jenis yang selamat seperti tembikai atau sebagainya.

5. Isi Air Menggunakan Span

Setiap kumpulan akan diberikan sebiji span yang perlu dimasukkan dalam baldi berisi air untuk menyerap air.

Kemudian peserta perlu berlari kedepan untuk memerah span kedalam sebuah botol yang besar, kemudian patah balik untuk rakan kumpulan lain membuat perkara yang sama.

Kumpulan yang dapat mengisi air paling banyak dalam masa tertentu akan menjadi pemenang.

6. Anyam Ketupat

Peserta pertama dikehendaki menyanyam ketupat mengikut kreativiti masing-masing.

Setap kali wisel ditiup, peserta perlu memberikan ketupat tadi kepada rakan kumpulan lain untuk menyambung anyaman ketupat tersebut.

Pemenang dipilih mengikut ketupat yang paling kreatif.

7. Boling Kampung

Tin-tin kosong disusun tiga tngkat dan peseerta perlu membaling buah kelapa untuk meruntuhkan tin-tin tersebut.

Peserta yang dapat menjatuhkan semua tin adalah pemenang.

8. Tiup Belon

Peserta akan meniup belon dan mengikatnya dan acara ini dilakukan secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan yang lain.

Pemenang ditentukan dengan jumlah belon terbanyak dan terbesar.

9. Tarik Bola Dengan Gelung Rotan

Peserta perlu menarik apa-apa jenis bola yang bersesuaian dengan gelung rotan ke depan dan kembali, kemudian menyerahkan kepada ahli kumpulan lain untuk membuat perkara yang sama sehingga semua ahli kumpulan telah melakukannya.

10. Kerusi Muzik

Kerusi-kerusi akan disusun dalam bulatan mengikut jumlah kurang satu peserta.

Peserta perlu berpusing atau berjalan mengelilingi kerusi sepanjang muzik dibunyikan.

Apabila muzik ditutup, peserta akan duduk di kerusi yang terdekat mereka.

Seorang peserta yang tidak dapat tempat duduk akan disingkirkan.

Begitulah seterusnya, kerusi dikeluarkan satu per satu untuk mencari mangsa yang perlu disingkirkan seterusnya.

Peserta terakhir yang dapat duduk di atas satu kerusi yang tinggal adalah pemenang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!