Calon Isteri Buat Suami – Sinopsis, Waktu Tayangan & Barisan Pelakon
Drama Calon Isteri Buat Suami adalah drama terbaru Slot Akasia TV3 yang mula ditayangkan pada April 2025.
Diadaptasi daripada novel popular karya Sophilea, drama ini menggabungkan elemen cinta kontrak, konflik keluarga dan pengorbanan dalam hubungan.
Dengan barisan pelakon muda berbakat dan kru berpengalaman, drama ini dijangka mengulangi kejayaan adaptasi novel sebelumnya seperti Bukan Sekadar Lafaz.
Jom baca lebih lanjut mengenai drama ini di bawah.
BACA JUGA: Seribu Tahun – Sinopis Drama, Waktu Tayangan & Pelakon
Sinopsis Calon Isteri Buat Suami
Drama bersiri Calon Isteri Buat Suami merupakan adaptasi daripada novel karya Sophilea.
Ia mula ditayangkan pada 8 April 2025 melalui slot Akasia di TV3. Drama ini diarahkan oleh Bahri Uma dan diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd.
Drama ini dibintangi oleh Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman dan Siti Hariesa sebagai Haizi, serta menampilkan pelakon lain seperti Trisha Ooi, Hazeeq Dean dan Jasmin Hamid.
Haizi (Siti Hariesa) memutuskan untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur selepas pertunangannya dengan Khalif (Hazeeq Dean) berakhir. Namun, kehidupannya berubah apabila dia menyelamatkan Datin Yasmin dalam satu kejadian tidak dijangka.
Sebagai balasan, Datin Yasmin menawarkan pekerjaan kepada Haizi dan satu tawaran pelik iaitu berkahwin dengan anak lelakinya, Nazim (Jazmy Juma). Namun, syaratnya; jika ingin berpisah, Haizi perlu mencari pengganti yang lebih sesuai untuk Nazim.
Pada mulanya, hubungan mereka penuh dengan keraguan dan sikap dingin. Lama kelamaan, perasaan cinta mula berkembang tanpa disangka.
Konflik pula mula timbul apabila sepupu Nazim, Dayana (Trisha Ooi), muncul dengan fitnah dan dendam untuk menggugat hubungan mereka. Keadaan semakin menjadi lebih rumit apabila Haizi didapati mengandung.
Kalau nak tahu apa endingnya, jangan lupa nonton!
Waktu Tayangan & Platform
- Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
- Masa: 7 malam
- Slot: Slot Akasia TV3
- Saluran: Astro Ria
Drama Calon Isteri Buat Suami mula ditayangkan pada 8 April 2025 dan dijangka tamat pada Mei 2025. Ia menggantikan drama sebelumnya, Bukan Sekadar Lafaz. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3.
Selain TV3, penonton boleh menonton drama ini melalui platform penstriman iQIYI yang menyiarkan episod baru sejam selepas tayangan TV (8:00 malam).
BACA JUGA: Bidaah – Sinopsis, Senarai Pelakon & Tarikh Ditayangkan
Barisan Pelakon Dan Watak
Pelakon | Watak |
Jazmy Juma | Nazim Hilman |
Siti Hariesa | Haizi |
Trisha Ooi | Dayanah |
Hazeeq Dean | Khalif |
Razak Ahmad | Haji Hamdan |
Jasmin Hamid | Datin Yasmin |
Tony Eusoff | Datuk Rizuan |
Emelda Rosemila | Zahnita |
Jannah Izwandy | Sharina |
Razzuan Rosli | Danif |
Shazia Rozaini | Fatin |
Dayang Areeda | – |
Talha Harith | – |
Kirana Batrisyia | – |
Zarynn Min | – |
Nadia Aqilah | – |
Fauziah Nawi | – |
Sedutan Episod (Highlight)
*NOTA: Sedutan episod seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai update terkini drama Keluarga Itu, sila ikuti saluran berikut:
- Youtube TV3 Official
- Youtube Drama Sangat Official