Bukit Jelutong Eco Community Park – Waktu Operasi & Tarikan

Bukit Jelutong Eco Community Park, SHAH ALAM
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bukit Jelutong Eco Community Park – Waktu Operasi & Tarikan

Bagi penduduk Shah Alam dan sekitarnya, anda boleh bawa anak-anak dan seisi keluarga berkunjung ke Bukit Jelutong Eco Community Park pada hujung minggu ataupun waktu cuti sekolah. 

Taman ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari destinasi rekreasi alam semula jadi tanpa perlu keluar jauh dari bandar atau belanjakan duit yang banyak. 

Jom baca info lebih lanjut mengenai Bukit Jelutong Eco Community Park di bawah. 

BACA JUGA: Taman Kucing Catopia, Shah Alam – Masuk Percuma!

Bukit Jelutong Eco Community Park – Pengenalan

Bukit Jelutong Eco Community Park merupakan sebuah taman rekreasi awam yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Taman ini telah dibuka kepada orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu lagi. 

Taman ini dibina dengan konsep mesra alam dan komuniti. Ia bertujuan menyediakan ruang hijau untuk aktiviti riadah, sukan serta memperkukuh hubungan komuniti setempat. 

@bjecpark

Bukit Jelutong Eco Community Shah Alam is *PRIVATE PARK* open *Free* Charge to public. *FREE ENTRANCE ANIMAL PETTING AND MINI ZOO* *GOAT PETTING* 9.00am – 11.30am (WEEKEND AND PUBLIC HOLIDAY ONLY) *MINI ZOO* 9am-7.00pm (WEEKEND and PUBLIC HOLIDAY) 3pm-7pm Weekdays

♬ This Is How We Do It – Solid Base

Keunikan taman ini terletak pada landskap berbukit yang luas, tasik yang indah dan suasana seolah-olah berada di luar negara. 

Apa yang menjadikannya lebih menarik, ia lengkap dengan trek jogging, tasik, kawasan lapang untuk berkelah dan juga petting zoo yang mesra kanak-kanak. Macam-macam aktiviti anda boleh lakukan di sini tau. Memang seronok!

Lokasi & Waktu Operasi

  • Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 6:45 AM–7 PM

Bukit Jelutong Eco Community Park dibuka setiap hari dari jam sekitar 6.45 pagi hingga 7 petang. 

Lokasinya sangat strategik, terletak di antara Shah Alam dan Subang Jaya, kira-kira sekitar 40 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. 

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, anda boleh turun di stesen KTM Shah Alam atau Subang Jaya, kemudian menaiki teksi atau e-hailing ke taman ini.

Harga Tiket Masuk

Masuk ke Bukit Jelutong Eco Community Park adalah PERCUMA sahaja untuk semua pengunjung.

Anda hanya perlu membawa bekalan makanan sendiri jika ingin berkelah, atau boleh singgah di kafe kecil yang terdapat di dalam kawasan taman untuk menikmati minuman dan makanan ringan. 

Tarikan Utama di Bukit Jelutong Eco Community Park

1. Petting Zoo

Petting zoo adalah salah satu tarikan utama di Bukit Jelutong Eco Community Park. Kanak-kanak dan juga orang dewasa boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang ada di sini. 

Antara haiwan yang ada contohnya seperti arnab, kambing, itik, angsa, burung merak, burung kakak tua, burung hantu, burung unta dan pelbagai lagi. 

Pengunjung boleh memberi makan dan membelai haiwan-haiwan di sini tanpa perlu membayar apa-apa pun. Kalau nak bagi makan haiwan, anda boleh beli makanan haiwan yang ada dijual di sini. Haiwan di sini jinak-jinak pula tu!

2. Landskap Indah & Tasik

Taman ini mempunyai tasik yang cantik, dikelilingi pokok-pokok rendang dan laluan pejalan kaki yang sesuai untuk aktiviti riadah seperti jogging, berjalan kaki atau berbasikal. 

Suasananya yang tenang dan landskap yang indah membuatkan taman ini sesuai untuk mereka yang ingin “lari” seketika dan mencari ketenangan alam semula jadi.

3. Aktiviti Riadah & Sukan

Di taman ini, anda boleh melakukan aktiviti riadan dan sukan bersama keluarga seperti berbasikal, bermain frisbee, badminton atau sekadar berkelah di kawasan lapang. Terdapat juga kawasan memancing bagi kaki pancing yang ingin mencuba nasib. 

4. Trek Mendaki

Taman ini  juga menawarkan laluan hiking mudah sepanjang kira‑kira 1.6 km, sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur. Laluan yang berpaved dengan batu-bata ini mengambil masa sekitar 30–33 minit untuk satu pusingan. 

5. Kafe & Port Bergambar

Di sini juga terdapat kafe kecil untuk anda menikmati kopi panas sambil menghayati pemandangan alam semulajadi. Banyak juga port menarik untuk bergambar. Sesuai sangatlah untuk mereka yang suka mengambil gambar. 

BACA JUGA: Sky City, I-City Shah Alam: Harga Tiket Masuk

Kemudahan

Bukit Jelutong Eco Community Park menyediakan kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung. 

  1. Kawasan parking luas di bahagian atas bukit untuk pengunjung biasa
  2. Parking khas di bahagian bawah untuk warga emas dan individu berkeperluan khas
  3. Tandas awam yang bersih dan selesa
  4. Gazebo dan tempat duduk untuk rehat di beberapa lokasi strategik
  5. Laluan pejalan kaki dan trek basikal yang diselenggara dengan baik
  6. Kawasan lapang untuk berkelah dan aktiviti riadah seperti bermain frisbee
  7. Kafe kecil yang menyediakan makanan dan minuman ringan
  8. Papan tanda arah dan maklumat untuk memudahkan pengunjung menavigasi taman

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut ataupun info terkini sila layari: 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut