Beras siam ialah beras putih yang diimport dari negara jiran, Thailand. Beras ini sangat sesuai untuk digunakan dalam masakan dan hidangan harian kita seperti nasi goreng, nasi lemak dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang beras dari negara jiran ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. Kerana pada artikel ini akan kami kongsikan harga, kelebihan dan cara memasak menggunakan beras ini.
Harga Beras
Seperti harga beras lain, harga beras siam juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY
Khasiat & Keistimewaan
Beras siam dari negara Thailan ini mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan beras putih tempatan, namun begitu beras ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
- Mudah lerai.
- Tidak mudah patah
- Tidak lembik.
- Mudah masak.
Cara Masak/ Resipi Beras Siam
Untuk pengetahuan anda cara memasak beras siam ini sangat mudah kerana beras ini tidak mudah lembik dan patah seperti beras biasa.
Malah unisbah air dan beras untuk memasak menggunakan beras ini juga adalah sama seperti beras biasa iaitu 1 cawan air untuk 1 beras (1:1).
Bagi anda yang tidak suka nasi yang keras, anda boleh menyesuaikan sukatan air mengikut kehendak anda. Lebih banyak air, lebih lembut dan lembik nasi anda.
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, beras negara Thailan ini sangat sesuai dengan menu dan hidangan di negara kita. Berikut merupakan antara contoh menu yang sesuai menggunakan beras siam ini:
- Nasi goreng
- Nasi Lemak
- Nasi Ayam
- Nasi Tomato
- Nasi Kerabu