Bendera Selangor: Maksud Warna & Simbol

bendera selangor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bendera Selangor dikenali sebagai bendera yang memiliki warna merah dan kuning.

Bendera ini mempunyai warna dan simbol yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Sejarah Negeri Selangor

Perkembangan awal Selangor bermula sebagai sebuah kawasan petempatan banyak disumbangkan oleh faktor geografinya, dengan memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman.

Menerusi kelebihan ini, serta kekayaan flora dan faunanya, ia menyumbang kepada wujudnya penempatan serta hubungan perdagangan dengan dunia luar.

Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian.

Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.

Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang.

Ini kemudiannya dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong S’on di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.

Menerusi teks sejarah, nama Selangor pada peringkat awalnya merujuk kepada petempatan di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri sebagaimana kini.

Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad.

Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.

Menurut Sejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan Tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14.

Selain itu, Laksamana Cheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya.

Nama Klang juga disebut dalam puisi Nagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang  pujangga kerajaan Majapahit pada tahun 1365.

Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.

Sejarah Bendera Selangor

Bendera Selangor telah direka bentuk semasa pemerintahan Sultan Selangor yang keempat, Sultan Abdul Samad yang memerintah dari 1859 sehingga 1898.

Bendera ini terdiri daripada warna merah kuning dan mempunyai simbol bulan dan bintang yang berwarna putih di dalamnya.

Maksud Warna

Warna bendera ini membawa kepada beberapa maksud:

  • Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu membawa maksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. 
  • Kuning juga membawa maksud warna Raja pemerintah Selangor.
  • Warna putih di dalam bulan dan bintang membawa maksud kesucian Agama Islam.

Maksud Simbol

Simbol yang terkandung dalam simbol di dalam bendera ini adalah seperti berikut:

  • Bulan bintang pula melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri.
  • Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji di Baitullah.

Muat Turun Bendera Selangor

Bendera ini boleh dibuat turun menerusi gambar di bawah

Sumber: https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/127?mid=713

Baca juga: Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut