Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT – FlySiswa MOT

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT – FlySiswa MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Ini bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.

Pengenalan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT (Subsidi Udara MOT @ FlySiswa)

Kita sedia maklum bahawa tiket antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada kalanya terlalu mahal umpama pergi melancong ke luar negara.

Oleh itu, beliau berkata pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.

Pemberian seperti ini baik secara one-off sedikit sebanyak meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.

Ada pelajar IPTA yang terpaksa bekerja separuh masa semata-mata ingin mengumpul duit bagi membeli tiket kapal terbang memandangkan pinjaman PTPTN hanya mencukupi untuk perbelanjaan harian mereka.

Artikel berkaitan: Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran Online

Jumlah Bantuan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023

Kerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak.

Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan 56,000 pelajar IPTA dengan kos yang dikeluarkan kerajaan sebanaya RM16.8 juta.

Pemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti 

Terma & Syarat Permohonan FlySiswa

Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
tiket penerbangan flysiswa

Tarikh Semakan Kelayakan

Seperti yang yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023 ini.

Tarikh Penebusan / Pembelian Tiket Kapal Terbang

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.

Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) dan pelajar yang layak boleh memohon bantuan itu daripada mana-mana satu syarikat penerbangan.

Cara Pembelian Tiket

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut:

  1. Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly)
  2. AirAsia
  3. BatikAir
  4. MYAirline

Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Rayuan FlySiswa

Pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan FlySiswa ini boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Sila rujuk kenyataan media terkini dalam lampiran di bawah:

SIARAN MEDIA – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (15 OGOS 2023)

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!