Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM

bantuan awal persekolahan 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI : Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta

Perkara ini dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Anwar berkata, selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.

Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda perincian lanjut berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan 2025.

Baca juga:

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

bantuan awal persekolahan 2025

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2025

Maklumat berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

  • Borang PB1 : ( Borang permohonan)
  • Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)

BORANG PB 1

BORANG PB 2

Bagi mengemaskini maklumat anak-anak yang bersekolah secara dalam talian, sila rujuk APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut