Ayat Tunggal: Takrifan & Contoh Ayat

Dalam membina sesebuah ayat di dalam Bahasa Melayu, adalah penting untuk murid mengetahui mengenai Ayat Tunggal.

Berikut merupakan penerangan mengenai ayat ini dan contoh-contoh ayat yang boleh dijadikan panduan.

Maksud Ayat Tunggal

Ayat tunggal adalah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Subjek merujuk kepada bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Contoh ayat yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

  • Ahmad bermain bola.
  • Siti mencuci tangan.
  • Ben Li menyanyi.
  • Bayi itu menangis

Ke semua ayat di atas mempunyai satu subjek dan satu predikat bagi membentuk sebuah ayat yang lengkap.

Jenis Ayat Tunggal

Terdapat 2 jenis ayat ini iaitu:

  • Ayat Tunggal Susunan Biasa
  • Ayat Tunggal Sususan Songsang

i) Susunan Biasa

Susunan biasa merujuk kepada ayat yang dibina dengan subjek + predikat.

Contoh ayat:

  • Ibu menggoreng ikan- Ibu merupakan subjek di dalam ayat tersebut manakala menggoreng ikan adalah penerangan terhadap subjek tersebut.
  • Baju itu sangat cantik- Baju merupakan subjek di dalam ayat tersebut manakala sangat cantik adalah menerangkan mengenai subjek tersebut.
  • Murid-murid beratur semasa perhimpunan- Murid-murid adalah subjek di dalam ayat manakala beratur semasa perhimpunan adalah predikat.

ii) Susunan Songsang

Susunan songsang merujuk kepada ayat yang dibina dengan predikat + subjek

Contoh ayat:

  • Ikan digoreng oleh ibu- Ikan digoreng oleh adalah predikat yang menerangkan subjek iaitu ibu.
  • Sangat cantik baju itu- Sangat cantik merupakan predikat manakala baju itu adalah subjek di dalam ayat tersebut.
  • Mengalir dengan sangat deras air sungai itu- Perkataan mengalir sangat deras merupakan predikat manakala air sungai itu adalah subjek.

Buku mengenai pembelajaran ini boleh dibeli Di Sini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!