Asam Pedas Melaka : Makanan Tradisional Negeri Bersejarah

Asam Pedas Melaka
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Asam Pedas Melaka, merupakan satu hidangan tradisional popular di negeri bersejarah tersebut. Sebut saja asam pedas, pastinya semua orang tahu kaitan antara hidangan ini dengan negeri Melaka. Makanan ini merupakan salah satu menu wajib yang perlu anda cuba jika anda melawat negeri ini.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang sejarah hidangan ini dan resipinya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Asal Usul/Sejarah Asam Pedas Melaka

Asam Pedas adalah hidangan tradisional yang berasal dari Indonesia, khususnya di Kepulauan Riau dan Kepulauan Melayu. Hidangan ini terkenal dengan rasa masam dan pedas yang dihasilkan daripada campuran pes cili dan jus asam jawa.

Hidangan Asam Pedas ini telah terhasil akibat daripada pengaruh pelbagai budaya, termasuk masakan Thailand dan India, serta rempah yang dibawa oleh pedagang Arab yang melalui kawasan tersebut. Di Malaysia, Asam Pedas biasanya disajikan dengan ikan, manakala di Indonesia, ia lebih sering menggunakan daging lembu atau kerbau.

Sejarah Asam Pedas menunjukkan bahawa hidangan ini telah menjadi popular di Malaysia dan Singapura, terutamanya di negeri Melaka, di mana ia dianggap sebagai hidangan ikonik.

Hidangan ini telah menjadi salah satu menu kegemaran penduduk setempat dan pengunjung yang datang ke negeri bersejarah tersebut. Kunjungan ke negeri bersejarah ini tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menikmati masakan ini.

Sumber: Nisabakri Gourmet

Resipi Asam Pedas Melaka 

Bagi menghasilkan Asam Pedas Melaka yang enak dan lazat, anda perlu menyediakan bahan-bahan di bawah, terlebih dahulu:

  • 1 ekor ikan (jenis ikan terpulang kepada cita rasa masing-masing)
  • 4 sudu minyak masak
  • 4 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • sedikit lada hitam*
  • sedikit jintan manis*
  • sedikit jintan putih*
  • sedikit halba
  • 15 hingga 20 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 3 batang serai (dititik)
  • sedikit gula melaka
  • sedikit belacan*
  • daun limau purut
  • bendi (bergantung cita rasa)
  • 2 cawan air (bergantung keperluan)

NOTA: * BAHAN PERLU KISAR

    Kaedah/Cara Penyediaan

    Setelah menyediakan semua bahan-bahan di atas, anda boleh mengikuti cara-cara penyediaan Asam Pedas Melaka di bawah:

    1. Panaskan minyak dalam kuali.
    2. Setelah minyak panas, masukkan halba, bawang besar, bawang putih serta halia yang telah dihiris. Seterusnya masukkan serai yang telah dititik. 
    3. Tunggu sehingga kekuningan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi.
    4. Masak sehingga bahan yang telah dikisar itu garing dan naik minyak.
    5. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar. Tunggu sehingga cili betul-betul garing dan naik minyak.
    6. Setelah cili garing masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih.
    7. Setelah mendidih, masukkan garam, gula melaka dan daun limau purut.
    8. Masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
    9. Kemudian masukkan asam jawa, mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan.
    10. Akhir sekali masukkan bendi yang telah dipotong.
    11. Masakan Asam Pedas telah sedia dihidangkan. 

    Sumber: Pemetaan Budaya JKKN

    Lokasi Paling Best di Melaka

    Melaka menawarkan pelbagai kedai yang menyajikan hidangan Asam Pedas yang autentik. Berikut adalah beberapa lokasi terbaik untuk anda yang ingin mencuba hidangan ini di negeri bersejarah ini:

    1. Asam Pedas Claypot Lima Beradik
      • Alamat: No 28, Jalan PM5, Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka
      • Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup), 10.00am – 6.00pm
    2. Asam Pedas Selera Kampung
      • Alamat: G2 Jalan PM3, Mahkota Square, Banda Hilir, Melaka
      • Waktu Operasi: Setiap hari, 9.00 a.m – 5.00 p.m
    3. Asam Pedas Dyan
      • Alamat: Route 5, Lot 234, 75200 Melaka
      • Waktu Operasi: Rabu hingga Ahad (Selasa tutup), 7.00 a.m-5.00 p.m
    4. Asam Pedas Melayu Melaka Gerai N0.4
      • Alamat: 5, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Muzaffar Shah, 75450 Melaka
      • Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 a.m – 11.30 p.m
    5. Asam Pedas Claypot Dahliea Ria
      • Alamat: 108, Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
      • Waktu Operasi: Rabu hingga Ahad (Selasa tutup), 12.00 p.m – 11.00 p.m

    Baca juga: Pizza Parang Melaka : Makanan Viral yang Wajib Anda Cuba!

    Lokasi Asam Pedas Melaka di Kuala Lumpur

    Bagi anda yang tidak sempat untuk singgah di Melaka, namun masih teringin untuk merasa makanan tradisi Melaka ini, berikut adalah beberapa lokasi Asam Pedas Melaka yang popular di Kuala Lumpur, yang boleh anda cuba :

    1. Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka
      • Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
      • Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) 12:00 p.m. – 11:00 p.m
    2. Asam Pedas Sejati
      • Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur
      • Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) 11:00 a.m. – 6:00 p.m
    3. Kantin Asam Pedas
      • Alamat: E – G – 14, Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000 Ampang
      • Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) 11:00 a.m. – 4:30 p.m
    4. Restoran Asam Pedas Pandan Jaya
      • Alamat: Jalan Pandan 3/8, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
      • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 7:00 a.m – 5:00 p.m
    5. Asam Pedas Claypot Atok
      • Alamat: Batu 18, Kampung Sg Sembilang, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
      • Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) 11:00 a.m. – 7:00 p.m
    Asam-Pedas

    Lokasi-lokasi ini menawarkan pengalaman menikmati Asam Pedas Melaka yang autentik di Kuala Lumpur.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut