Laporkan Majikan Yang Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah Melalui WFW

aplikasi wfw
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seperti semua sedia maklum, 80% kakitangan awam merangkumi 750,000 pekerja dan 40% kakitangan swasta meliputi 6.1 juta pekerja di sarankan untuk bekerja dari rumah sepanjang PKP 3.0.

Namun sekiranya terdapat mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah, anda boleh melaporkan perkara tersebut melalui aplikasi khas Working for Workers atau WFW.

Baca juga: Semakan Majikan Yang Lulus Program Subsidi Upah PERKESO

Kredit Gambar: Amanz

WFW adalah platform digital dalam talian yang menggunakan teknologi mudah alih yang berfungsi sebagai platform bagi pekerja mendedahkan bos yang salah.

Aplikasi ini akan membolehkan pekerja yang dianiaya mengemukakan aduan mereka terhadap majikan tanpa rasa takut.

Aplikasi ini akan membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengawasi majikan yang tidak bertanggungjawab yang melanggar hak pekerja, menugaskan kakitangan untuk mengesahkan dan menyiasat aduan tersebut.

Aplikasi ini dibangunkan atas inisiatif Kementerian Sumber Manusia.

Download: WFW untuk Android

Download: WFW untuk iOS

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut