Untuk memadamkan kebakaran di peringkat awal, ianya boleh dilakukan dengan menggunakan alat pemadam api.
Alat ini digunakan bagi mengawal kebakaran dan mengelakkan api yang wujud semakin marak.
Kebanyakan premis-premis kerajaan atau swasta mempunyai alat ini sebagai salah satu persediaan sekiranya menghadapi kebakaran.
Mengenai Alat Pemadam Api
Secara umumnya, alat pemadam api merupakan alat yang digunakan bagi memadam atau mengawal api kebakaran di peringkat awal.
Secara spesifiknya, alat ini digunakan untuk memadam api secara mekanikal yang mudah alih boleh digunakan untuk memadamkan api yang diisi dengan karbon dioksida, serbuk kering atau air serta boleh mengawal serta memadamkan kebakaran kecil mengikut kelas api dan kebakaran tertentu.
Ianya lazimdigunakan untuk memadamkan atau mengendalikan kebakaran kecil terutamanya dalam situasi kecemasan.
Namun, ianya tidak sesuai bagi api yang membahayakan orang awam seperti melibatkan asap yang besar atau bersifat letupan yang memerlukan anggota bomba dan penyelamat.
Jenis Alat Pemadam Api
Jenis alat ini yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
- Jenis air: Digunakan untuk api kelas A
- Jenis bahan kimia basah: Digunakan untuk api kelas A, B dan F
- Jenis buih: Digunakan untuk api kelas A dan B
- Jenis karbon dioksida (CO2): Digunakan untuk api kelas B dan E
- Jenis serbuk: Digunakan untuk api kelas A, B, C, D dan E
- Jenis selimut: Digunakan untuk api kelas F
Kelas Kebakaran
Kebakaran yang berlaku mempunyai beberapa kelas iaitu:
- Kelas A – Api yang melibatkan bahan pejal mudah terbakar seperti kertas, kain atau kayu
- Kelas B – Api yang melibatkan cecair mudah terbakar seperti petrol atau diesel
- Kelas C – Api yang melibatkan gas mudah terbakar seperti ammonia atau hidrogen
- Kelas D – Api yang melibatkan logam mudah terbakar seperti aluminum atau titanium
- Kelas E – Api yang melibatkan arus elektrik seperti wayar, suis, fius atau litar
- Kelas F – Api yang melibatkan barang dapur seperti minyak, gris dan lemak makanan
Cara Menggunakan Alat Pemadam Api
Cara menggunakan alat ini adalah seperti berikut:
- PULL- Tarik pin yang ada pada alat pemadam api. Pada saat menarik pin, jangan tekan handle agar tekanan tidak keluar.
- AIM- Angkat dan arahkan nozzle sumber api dengan memegang hujung selang alat pemadam api agar penyemburan dapat terkendali. Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 1 hingga 1.5 meter daripada api.
- SQUEEZE- Tekan handle sampai api dapat dipadamkan atau isinya habis.
- SWEEP- Semburkan ke arah api dengan cara menyapu. Apabila api sudah dipadamkan, buka semua pintu dan buka jendela supaya udara segar masuk.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Alat Pemadam Api, sila layari laman web https://hellodoktor.com/habit-sihat/pertolongan-cemas/panduan-asas-alat-pemadam-api/.
Baca juga: Minyak Sapi (Ghee) : Khasiat & Kegunaan dalam Masakan