Elaun JPA – Tarikh / Jadual Bayaran Pelajar & Pegawai

Bagi pelajar tajaan JPA, anda layak menerima pelbagai manfaat dan elaun yang telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi memastikan proses pendidikan anda tidak terganggu sehingga menamatkan pengajian.

Elaun yang diberikan biasanya berlainan mengikut lokasi pengajian – pelajar akan menerima Kadar A, B atau C.

Jumlah atau amaun elaun juga berlainan bergantung kepada lokasi pengajian di luar negara.

Pengenalan Elaun JPA

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan 15% kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022) dan juga kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.

Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya para pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian.

Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan Kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian, di samping memastikan penawaran penajaan Kerajaan adalah kekal releven dan berprestij.

peningkatan elaun JPA

Jenis Elaun JPA

Elaun (tertakluk kepada peringkat dan tempat pengajian bagi penentuan Kadar A, B atau C):

a. Elaun Sara Hidup;
b. Elaun Penginapan;
c. Elaun Buku;
d. Elaun Alat Perkakas;
e. Elaun Pakaian Panas;
f. Elaun Tesis (tertakluk kepada peringkat dan mod pengajian);
g. Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan / Posting Elektif;
h. Elaun Akhir Pengajian;
i. Elaun Perjalanan;
j. Elaun Penempatan;
k. Elaun Bantuan Sewa Rumah;
l. Elaun Bantuan Keluarga; dan
m. Elaun Penyelidikan.

Tuntuan elaun latihan amali boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan elaun latihan amali yang boleh didapati di HEP tempat pengajian atau di Portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas latihan amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya 30 hari sebaik tamat tempoh latihan) dan sekiranya lewat melebihi tempoh yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara JPA.

Portal MySELF

Portal MySELF

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah ‘Single Sign-On‘.

Portal MySELF boleh diakses melalui alamat https://myself.jpa.gov.my/index.php

Antara perkhidmatan yang disediakan melaui portal MySELF adalah:

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Jadual Bayaran Elaun JPA

Pihak JPA telah mengeluarkan jadual bayaran elaun JPA untuk pelajar dan pegawai tajaannya seperti yang berikut:

  1. Pelajar Tajaan Dalam Negara;
  2. Pelajar Tajaan Luar Negara;
  3. Pegawai Dalam Perkhidmatan Tajaan Dalam Negara; dan
  4. Pegawai Dalam Perkhidmatan Tajaan Luar Negara.
elaun JPA sara hidup
elaun JPA sara hidup
elaun JPA sara hidup

Sila rujuk lampiran fail pdf di bawah sebagai rujukan anda:

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai bayaran bagi pelajar tajaan dalam negara, boleh dikemukakan ke [email protected].

Untuk makluman terkini mengenai elaun JPA, sila layari portal MySELF di alamat https://myself.jpa.gov.my/index.php

Untuk maklumat tambahan, rujuk Portal Penajaan JPA di alamat https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/hubungi/faq

Bantu kami share artikel ini: