Live Perarakan Merdeka 2024 – Jadual Acara 31 Ogos 2024

Live Perarakan Merdeka 2024 –  Jadual Acara 31 Ogos 2024

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun akan diadakan pada 31 Ogos 2024 di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perarakan sambutan kemerdekaan dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Selamat Hari Merdeka – Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Pengenalan – Sambutan Hari Kemerdekaan 2024

Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia. 

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Konsep & Tema

“Jiwa Merdeka” telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

“Malaysia Madani” dengan tema “Jiwa Merdeka” yang menjelaskan konsep utama dan nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara. 

Malaysia Madani:

  • Merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia.
  • Disokong oleh enam nilai teras utama.

Jiwa Merdeka:

  • Menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif.
  • Menekankan semangat patriotisme dan cinta negara.
  • Melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi.
  • Membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni, dan progresif.

Secara keseluruhannya, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

  • Merupakan perlambangan kesejahteraan secara holistik.
  • Menekankan kemajuan dan progresif untuk rakyat berbilang kaum.
  • Menyatukan hati dan teguh pada jati diri negara.

Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 67

  • Penyanyi : Amir Masdi
  • Lirik dan Lagu : Affan Mazlan
  • Gubahan : Datuk Mokhzani Ismail
  • Suara Latar : Gemersik Korus

Ayuh kawan sahut suaraku
Bergerak maju demi negaraku
Kita bersama hadap suka duka
Selamanya

Selamanya ku pertahan
Tanah air pertiwi
Demi negara ku berserah diri

Semadikan dalam kita
MADANI Jiwa Merdeka
Demi negara Malaysiaku tercinta

Semaikanlah
Semangat dan setia
Penuhi rasa cinta

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Semuanya dengar launganku
Bersatu hati kitalah MADANI
Jiwa merdeka hadap segalanya
Bersama

Walau seribu tahun kan terus megah
Selamanya di hati kita merdeka
Biar apa yang datang menduga
Takkan goyah

Semaikanlah
Semangat dan setia
Penuhi rasa cinta

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Katakanlah ooooo
Kita semua Malaysia
Satu demi negara

Akulah, akulah Malaysia
Kamulah, kamulah Malaysia
Semua satu demi negara haa (3x)

Demi negara
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka

Katakanlah, ooooo
Kita semua Malaysia
Satu demi negara (2x)

Demi negara

Maksud Jalur Gemilang

Jadual Acara & Senarai Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan 2024

Berikut ialah antara aktiviti yang diadakan sempena Hari Kebangsaan 2024:

  1. Formasi Brass Band
  2. Perarakan Aset Terkini
  3. Kereta Berhias
  4. Persembahan Udara Angkatan Tentera
  5. Persembahan Kesenian Malaysia MADANI
  6. Persembahan Human Graphic
  7. Persembahan Tempur Tanpa Senjata

Makluman Penutupan Jalan

Terdapat beberapa laluan akan ditutup bagi memberi ruang sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Putrajaya. 

Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui jalan-jalan yang ditutup sementara sambutan berlangsung. 

BACA JUGA: Sambutan Merdeka Melaka: Waktu Acara, Lokasi, Penutupan Jalan

Kemudahan

Bagi memudahkan orang awam yang bakal hadir, terdapat kemudahan yang disediakan khusus sempena Sambutan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2024. 

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  1. Perkhidmatan Shuttle Bas
  2. Jeti Water Taxi
  3. Tempat Letak Kereta Awam
  4. Trak Makanan
  5. Tempat Duduk Awam Bertingkat
  6. Tandas Awam
  7. Kemudahan Medik
  8. Poket LED

Live Perarakan Merdeka 2024 – RTM

RTM akan membawakan kepada anda liputan penuh dan eksklusif Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 terus ke skrin anda. 

Anda boleh tonton secara percuma di pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini, sila ikuti akaun media sosial rasmi:

Rujukan:

  1. https://www.merdeka360.my/web/ 
  2. Merdeka360 
Bantu kami share artikel ini: