Kelopak Garam : Jenis, Punca & Cara Merawat

Kelopak garam atau turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti sopak garam, gegata, dan jilatan jin, merupakan penyakit yang menyebabkan kulit seseorang menjadi bengkak, menebal merah dan kegatalan.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang penyakit sopak garam ini dan bagaimana cara merawatnya, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Kelopak Garam?

Kelopak garam atau nama saintifiknya Urtikaria merupakan penyakit yang menyebabkan sebahagian atau keseluruhan anggota badan anda bengkak, kemerahan dan gatal-gatal.

Penyakit ini dikenali juga sebagai sopak garam kerana kepercayaan orang-orang tua yang menyatakan bahawa penyakit ini boleh disembuhkan jika diletakkan garam pada bengkak-bengkak tersebut.

Kawasan bengkak atau benjolan kecil yang timbul disebabkan oleh penyakit ini dikenali sebagai “Wheal”. Wheal ini biasanya timbul dalam ukuran 1 hingga 2 cm, namun ia juga boleh bergabung dengan wheal bersebelahan yang seterusnya membentuk saiz benjolan yang lebih besar.

Berikut merupakan contoh kelopak garam yang boleh berlaku pada tubuh pesakit:

Gegata Akut

Gegata akut merupakan penyakit kelopak garam yang ringan, di mana ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan hilang dalam tempah 24 hingga 48 jam. Jenis gegata ini akan berlaku secara berterusan atau berulang kali tidak lebih dari tempoh enam minggu.

Gegata Kronik

Gegata kronik, merupakan penyakit gegata yang berlaku selama lebih dari tempoh enam minggu dan boleh berlaku berbulan-bulan lamanya. 90% punca berlakunya gegata kronik ini selalunya tidak diketahui dan berlaku secara tiba-tiba.

Walaupun tidak mengancam nyawa, kelopak garam jenis ini boleh menjadi tidak selesa dan sukar untuk dirawat. Penyakit ini juga mungkin merupakan tanda bagi masalah kesihatan lain yang dihadapi pesakit, seperti:

  • Gangguan autoimun
  • Penyakit seliak
  • Lupus
  • Diabetes jenis 1
  • Artritis reumatoid
  • Penyakit tiroid

Tanda & Gejala Kelopak Garam

Bagi ibu bapa atau individu yang tidak tahu bagaimana untuk mengesan sama ada penyakit yang dialami itu adalah kelopak garam atau bukan, anda boleh lihat tanda dan gejala penyakit ini dibawah:

  • Timbul benjolan atau tompok dalam pelbagai bentuk dan saiz
  • Muncul di mana-mana anggota badan atau merebak ke seluruh badan
  • berasa gatal, pedih atau melecur
  • Benjolan bewarna merah atau merah jambu

Baca juga: Kutu Air : Punca Jangkitan Pada Kaki & Cara Merawat

Punca Berlakunya Sopak Garam

Penyakit kelopak garam ini selalunya berlaku disebabkan oleh alahan yang dihadapi oleh pesakit. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku:

  1. Alahan
    • Alahan makanan.
    • Alahan kepada gigitan serangga dan penyengat.
    • Alahan kepada ubat-ubatan
  2. Jangkitan Virus
    • Jangkitan virus yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang.
  3. Sentuhan kulit
    • Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
  4. Urtikaria fizikal
    • Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.
  5. Sebab Lain
    • Kadang-kadang ruam kelopak garam ini juga boleh disebabkan oleh haba, kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.
    • Kebanyakkan kes gegata ini juga berlaku tanpa diketahui sebabnya.
kelopak garam
Sumber: Lyana Kamal

Cara Merawat Gegata

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, penyakit kelopak garam ini tidak berbahaya dan tidak mengancam nyawa. Bagi ruam yang muncul dalam tempoh 24 hingga 48 jam anda tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan.

Namun begitu, jika anda tidak dapat menahan gatal ataupun ia berlaku lebih dari tempoh tersebut, anda boleh mendapatkan ubat antihistamin di farmasi berdekata. Ubat ini membantu dalam meringankan kegatalan anda.

Jika anda mengalami gegata kronik, selain mengambil ubat antihstamin, anda juga boleh melakukan pemeriksaan di hospital. Hal ini bagi mengetahui sebab anda mengalami gegata tersebut. Melalui cara ini langkah pencegahan pada masa akan datang dapat dilakukan.

ubat

Sumber:

Bantu kami share artikel ini: