Nothing Phone (2a) Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

Jenama Nothing baru-baru ini melancarkan model terbaru mereka Nothing Phone (2a) dan memandangkan telefon ini secara rasminya telah mendapat kelulusan SIRIM, kita boleh jangkakan bahawa peranti ini secara rasminya akan dijual di pasaran Malaysia.

Walaupun jenama ini mungkin dianggap agak baru dan kurang dikenali ramai Malaysia, pembangun di sebalik jenama ini bukanlah calang-calang individu.

Latarbelakang syarikat Nothing

Nothing diasaskan pada Oktober 2020 setelah ia diumumkan pada 27 Januari 2021, oleh bekas pengasas bersama OnePlus, Carl Pei, tiga bulan selepas Pei meninggalkan OnePlus.

Matlamat syarikat baharu itu adalah untuk “menghapuskan halangan antara manusia dan teknologi untuk mencipta masa depan digital yang lancar.”

Walaupun tiada produk diumumkan pada masa itu, syarikat itu mengumumkan bahawa produk baharu daripada syarikat itu akan dikeluarkan pada tahun ini.[5][6]

Selepas Nothing mengeluarkan produk pertama mereka, Ear (1), Nothing mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm, yang akan membolehkan mereka menggunakan cip Snapdragon dalam peranti masa depan mereka.

Peranti mudah alih pertama Nothing yang diberi nama Nothing Phone (1) telah mula dijual di pasaran pada Julai 2022 dan Nothing Phone (2a) diharapkan dapat terus menambat hati pengguna yang ingin mencuba peranti daripada jenama ini.

Spesifikasi

nothing phone (a)

Nothing Phone (2a) – Pemproses CPU Mediatek Dimensity 7200 Pro (4 nm) dengan 256GB, 12GB RAM. Peranti ini juga mempunyai paparan AMOLED (1080 x 2412 piksel, 394 ppi) 6.7 inci. Ia mempunyai Dwi: 50 MP, f/1.9, (lebar), 1/1.56″, PDAF, OIS + kamera belakang 50MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G. Ia dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh, bateri tidak boleh tanggal pada ketebalan peranti 8.6mm dan berat 190g, berjalan pada Android 14, Nothing OS 2.5.

Nothing Phone (2a) Plus – Nothing Phone 2a Plus dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek Dimensity 7350 Pro (4 nm) dengan 256GB, 12GB RAM. Peranti ini juga mempunyai paparan AMOLED (1080 x 2412 piksel, 395 ppi) 6.7 inci. Ia mempunyai Dwi: 50 MP, f/1.9, 24mm (lebar), 1/1.57″, 1.0µm, PDAF, OIS + kamera belakang 50MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G. Ia dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh, tidak boleh tanggal pada ketebalan peranti 8.5mm dan berat 190g, berjalan pada Android 14, Nothing OS 2.6, sehingga 3 peningkatan Android utama.

Arttikel berkaitan: OnePlus Nord 4 Malaysia: Spesifikasi, Varian dan Harga

Varian dan Warna

Terdapat 2 varian bagi model ini iaitu Nothing Phone (2a) dan Nothing Phone (2a) Plus.

Berikut merupakan pilihan warna bagi kedua-dua varia ini:

  • Nothing (2a) – Hitam, putih, putih susu
  • Nothing (2a) Plus –  Kelabu metalik, hitam 

Varian

  • Nothing (2a) – 12/256GB
  • Nothing (2a) Plus – 12/256GB

Harga dan Cara Beli

  • Nothing (2a) – bermula RM1639
  • Nothing (2a) Plus – *akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi daripada Nothing Malaysia

Untuk pembelian, anda boleh dapatkan melalui laman kedai Shopee rasmi Nothing di https://shopee.com.my/product/530429709/25014222045/

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti daripada Nothing ini, sila rujuk laman web rasmi Nothing Malaysia di https://my.nothing.tech/

Bantu kami share artikel ini: