Senarai Pakej Mata Pelajaran SBP & SMKA

Bagi murid yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), terdapat beberapa pakej mata pelajaran yang ditawarkan.

Kesemua mata pelajaran ini ditawarkan sesuai dengan bidang yang diminati terutamanya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya iaitu pengajian tinggi.

Oleh itu, murid boleh memilih pakej mata pelajaran ini berdasarkan senarai SBP dan SMKA yang menawarkan mata pelajaran ini.

Sejarah Penubuhan SBP & SMKA

SBP merupakan sekolah yang diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980).

Sekolah ini menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

Selain itu, SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Manakala SMKA pula diwujudkan bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.

Ianya adalah idea yang diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa.

Ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini kemudiannya telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato’ Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Senarai SBP & SMKA Seluruh Negara

Senarai sekolah ini di seluruh negara adalah seperti berikut:

SBP

  • SM Sains Tuanku Syed Putra
  • SM Sultan Abdul Halim
  • SM Sains Pokok Sena
  • SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
  • SM Sains Kubang Pasu
  • SBP Integrasi Kubang Pasu
  • SMs Tun Syed Sheh Shahabudin
  • SM Sains Kepala Batas
  • The Malay College Kuala Kangsar
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  • SM Sains Teluk Intan
  • SBP Integrasi Gopeng
  • SM Sains Tapah
  • SM Sains Bagan Datoh
  • Sekolah Sultan Alam Shah
  • SM Sains Alam Shah
  • SM Sains Seri Puteri
  • SM Sains Selangor
  • SM Sains Kuala Selangor
  • Sekolah Seri Puteri
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah
  • SM Sains Hulu Selangor
  • SM Agama Persekutuan Kajang
  • SBP Integrasi Gombak
  • SBP Integrasi Sabak Bernam
  • SBP Integrasi Rawang
  • SM Sains Banting
  • SM Agama Persekutuan Labu
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak
  • SM Sains Tuanku Jaafar
  • SM Sains Tuanku Munawir
  • SBP Integrasi Jempol
  • SM Sains Rembau
  • SMs Perempuan Seremban
  • SBP Integrasi Selandar
  • SM Sains Muzaffar Shah
  • Sekolah Tun Fatimah
  • SM Sains Muar
  • SM Sains Johor
  • SM Sains Kota Tinggi
  • SM Sains Sultan Iskandar
  • SM Sains Sembrong
  • SM Sains Batu Pahat
  • SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
  • SM Sains Tengku Abdullah
  • Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan
  • SBP Integrasi Kuantan
  • SBP Integrasi Tun Abdul Razak
  • SBP Integrasi Temerloh
  • SM Agama Persekutuan Bentong
  • SM Sains Sultan Mahmud
  • SM Sains Kuala Terengganu
  • SM Sains Dungun
  • SBP Integrasi Batu Rakit
  • SM Sains Hulu Terengganu
  • SM Sains Setiu
  • SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra
  • SM Sains Machang, Kelantan
  • SM Sains Pasir Puteh
  • SM Sains Jeli
  • SM Sains Gua Musang
  • SM Sains Sabah
  • SM Sains Lahad Datu
  • SM Sains Labuan
  • SM Sains Kuching
  • SM Sains Miri
  • SM Sains Kuching Utara

SMKA

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yasin
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Kimanis
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohd Ali Ranau

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke SBP adalah seperti berikut:

Tingkatan 1 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

 Tingkatan 4 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Untuk kemasukan ke SMKA pula, syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  • Pemohon warganegara Malaysia
  • Mencapai aras toleransi PKSK
  • Berpotensi cemerlang dalam bidang akademik
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • Menduduki Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) dan lulus dengan cemerlang (untuk Tahfiz model Ulul Albab)

Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut:

Bagi pakej mata pelajaran yang ditawarkan di SMKA pula boleh dirujuk seperti di bawah:

Senarai Sekolah & Pakej Mata Pelajaran

Senarai SBP dan pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SBP dan SMKA, sila rujuk pautan berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: