Contoh Ucapan Tahniah & Syabas Untuk Pelbagai Acara

Kita seringkali mengucapkan tahniah untuk meraikan pelbagai pencapaian dan peristiwa penting khususnya buat rakan dan keluarga terdekat.

Ditambah pula dengan kemudahan teknologi seperti media sosial dan chat, ucapan-ucapan selamat ini boleh disampaikan dengan mudah di hujung jari.

Adakah anda sedang mencari idea untuk memberikan ucapan selamat atau syabas kepada orang tersayang?

Ayuh kita semak beberapa contoh ucapan tahniah dan syabas yang menarik.

Contoh Ucapan Syabas Sempena Meraikan Pencapaian Cemerlang

  • Syabas atas kejayaan yang membanggakan. Teruskan berusaha untuk terus mencapai kecemerlangan yang lebih besar.
  • Sekalung tahniah diucapkan atas prestasi yang cemerlang. Gandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
  • Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang dicapai. Semoga ia menjadi titik permulaan bagi masa depan yang lebih gemilang.
  • Usaha sememangnya tidak pernah mengkhianati hasil. Syabas diucapkan atas pencapaian cemerlang!
  • Dedikasi, tekad dan ketekunan anda menjadi inspirasi buat saya. Selamat atas kejayaanmu, teman!

Ucapan Tahniah Dalam Bahasa Inggeris

Ucapan tahniah dalam Bahasa Inggeris adalah Congratulations.

Antara contoh ucapan yang boleh diberikan adalah :

  • Congratulations on your amazing achievement. We are proud of you!
  • May this success paved for a brighter future. Congratulations and keep reaching for the stars!
  • May you keep shining and achieve more success in your life. Congratulations from all of us!
  • There is nothing sweeter than success that comes from hard work. Congratulations and let’s celebrate!
  • I am super excited and very happy for your success. Congratulations my dear friend!
tahniah

Contoh Ucapan Tahniah Sempena Graduasi

  • Syabas kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang! Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekal yang bermanfaat dan memberi berkat dalam hidup.
  • Akhirnya perjuangan selama bertahun-tahun tiba pada penghujungnya. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.
  • Tiada yang lebih membanggakan daripada melihatmu mengambil langkah menuju masa depan yang gemilang. Selamat bergraduasi sahabatku!
  • Selamat Hari Graduasi! Semoga ilmu yang diperoleh mendapat berkat serta membuka jalan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.  
  • Selamat dan tahniah diucapkan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan sentiasa mengiringimu.

Contoh Ucapan Tahniah Sempena Perkahwinan / Selamat Pengantin Baru

  • Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga ikatan yang dibina diberkati Allah SWT.
  • Selamat menempuh kehidupan yang baru bersama. Semoga keluarga yang dibina menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
  • Tahniah atas ikatan perkahwinan yang dibina. Semoga hidup kalian penuh dengan kebahagiaan dan kenangan indah.
  • Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan. Semoga Allah SWT memberkati babak baru dalam hidup kalian.
  • Tahniah dan selamat pengantin baru buat kalian berdua. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keberkatan dan menyempurnakan ibadan kalian.

Di samping itu, anda juga boleh ucapkan selamat pengantin baru dalam bahasa Arab sepertimana dalam doa Rasulullah SAW :

“Baarakallahu lakuma” (بارك الله لكما) yang bermaksud:

Maksud : (Semoga) Allah memberkati kalian berdua.

tahniah

Ucapan Tahniah Dalam Bahasa Arab

Berikut dikongsikan beberapa ucapan selamat atau tahniah kepada orang lain dalam Bahasa Arab :

  • “Mubarak ‘alaik / Mubarak ‘alaikum” (مبارك عليك / مبارك عليكم)

Maksud : Semoga keberkatan sentiasa (memayungi/menaungi) ke atasmu.

  • “Baarakallahu fiik / Baarakallahu fiikum” (بارك الله فيك / بارك الله فيكم)

Maksud : Semoga Allah memberkatimu.

  • “Allah yubarik fik / Allah yubarik fiikum” (الله يبارك فيك / الله يبارك فيكم)

Maksud: Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Contoh Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Anak/Bayi

  • Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu. Semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.
  • Tahniah atas kehadiran anak kecil yang berharga ini. Satu babak baru dalam rumah tangga kalian bakal bermula. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kalian sekeluarga.
  • Dunia anda akan menjadi lebih baik dengan kehadiran buah hati. Semoga kehidupan anda dipenuhi dengan cinta, kasih sayang dan kenangan manis bersama.
  • Tahniah kerana menjadi ibu bapa buat kali pertama. Nikmatilah setiap saat dengan penuh kasih sayang dan ketawa bayi!
  • Anak adalah jawapan kepada doa dan pengharapan yang telah lama dinantikan. Selamat dan tahniah diucapkan atas kelahiran bayi.
tahniah

Semoga perkongsian ucapan syabas, selamat dan tahniah ini dapat memberi inspirasi buat anda yang ingin meraikan detik bahagia bersama orang terdekat.

Baca Juga : Ucapan Hari Jadi: Ucapan Lawak Untuk Kawan, Islamik

Bantu kami share artikel ini: