Pasukan Khas Udara Bomba : Syarat Kelayakan & Ujian Pemilihan

Sehingga 1 Ogos 2024 (Selasa) ini, pengambilan terbuka bagi Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) akan dilakukan untuk semua anggota-anggota bomba gred KB19 yang berminat untuk menyertai mereka.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda terus membaca artikel ini. Kerana pada artikel ini, akan kami terangkan cara permohonan, syarat kelayakan dan ujian yang perlu anda tempuhi bagi menyertai PASKUB.

Apa itu Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB)?

Pasukan Khas Udara Bomba atau lebih mudah disebut sebagai PASKUB, merupakan satu pasukan khas yang diwujudkan di bawah Pasukan Multi Skill (MUST), Jabatan Bomba dan Penyelamat.

PASKUB merupakan pasukan yang bertugas di pangkalan Udara Bomba. Pasukan ini bertanggungjawab dalam tugas gerak cepat dalam mengendalikan bencana sama ada di dalam atau di luar Negara.

Bermula 18 Julai 2024 yang lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membuat pengambilan terbuka bagi ahli PASKUB. Pengambilan terbuka ini akan dijalankan sehingga 1 Ogos 2024.

pasukan khas udara bomba
Sumber: Bomba & Penyelamat Shah Alam

Cara Permohonan

Bagi pegawai bomba gred KB19 yang berminat untuk berada di bawah Pasukan Khas Udara Bomba ini, anda boleh melakukan permohonan dengan mengisi dua borang iaitu:

  • Borang Permohonan Anggota PASKUB
  • Borang Pemeriksaan Kesihatan

Setelah mengisi lengkap kedua borang di atas, anda perlu menghantarkan borang tersebut ke alamat emel [email protected] sebelum atau pada 1 Ogos 2024.

*NOTA: Kedua-dua borang diatas boleh diperoleh melalui surat hebahan di bawah:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi anda yang ingin menyertai Pasukan Khas Udara Bomba ini ialah:

  1. Merupakan pegawai bomba gred KB19.
  2. Umur tidak melebihi 33 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Mendapat sokongan Pengarah Bahagian/ Pengarah Bomba Negeri/ Komandan/ Ketua Zon/ Ketua Balai.
  4. Tidak memakai cermin mata atau kanta lekap
  5. Tidak rabun warna
  6. Tidak mempunyai masalah pendengaran
  7. Body Mass Index (BMI) anda tidak boleh melebihi 27.
  8. Tiada rekod tatatertib atau masalah disiplin
  9. Mempunyai tahap kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
  10. Sihat tubuh badan
  11. Tiada fobia berkaitan ketinggian.

Ujian Pemilihan Pasukan Khas Udara Bomba

Bagi anda yang ingin menyertai PASKUB ini, anda perlu menjalani ujian pemilihan yang disediakan. Ujian ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada anda betul-betul layak untuk menyertai PASKUB.

Berikut merupakan ujian yang perlu di jalani calon:

  • Individual Physical Proficiency Test (IPPT)
    • Larian 2.4 km
    • Bangun Tubi
    • Lompat Jauh Berdiri
    • Mendagu
    • Larian Ulang Alik
  • Ujian Kolam Renang
    • Berenang 100 m
    • Apungan badan dan pengurusan 10 minit
    • Terjunan 10 m
    • Selaman 2 m
  • Ujian Kesihatan di Pusat Kesihatan Kerajaan

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang aktiviti-aktiviti Jabatan Bomba dan Penyelamat yang lain, anda boleh lawati laman Facebook mereka di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official).

Jika terdapat persoalan atau permasalahan yang melibatkan permohonan pengambilan PASKUB ini pula anda boleh hubungi Encik Mohamad Asznam bin Md Aris di talian 017-733 3017.

Bantu kami share artikel ini: