Selangor Red Giants: Pasukan Bola Sepak dan E-Sukan Selangor

Apabila sebut sahaja perkataan “Selangor Red Giants”, pastinya ramai yang akan merujuk kepada pasukan bola sepak dari Selangor yang menggunakan nama gelaran tersebut.

Perkataan “Red” tersebut bermaksud “merah” yang sinonim dengan identiti Selangor sementara “Giants” pula merujuk kepada kehebatan Selangor dalam sejarah bola sepak tempatan.

Bagi yang tidak tahu, Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara.

Bola Sepak

Bagi yang tidak tahu, pasukan bola sepak Selangor tidak lagi dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor sebaliknya telah diswastakan sejak tahun 2019.

Syarikat induk kelab bola sepak Selangor, Red Giants FC Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat sendirian berhad, dengan kira-kira RM10 juta dalam saham yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Selangor sebagai modal berbayar.

Antara pemegang saham pengurusan ialah Putera Mahkota Selangor, Tengku Amir Shah sebagai pemegang saham majoriti, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Jumlah modal berbayar untuk syarikat induk ini pada masa ini tidak diketahui.\

Pada 2 Oktober 2020, Selangor mengumumkan bahawa penyerahan dokumentasi penswastaan mereka telah diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelab yang beroperasi secara rasmi sebagai persatuan bola sepak (FA) itu mendedahkan ia akan dikenali sebagai Kelab Bolasepak Selangor, English Selangor Football Club (Selangor FC) selepas musim bola sepak domestik 2020 berakhir di Malaysia, bermula 1 Disember 2020.

Pasukan bola sepak itu diuruskan oleh entiti yang baru ditubuhkan; Red Giants FC Sdn Bhd dan pasukan bola sepak telah dijenamakan semula sebagai Kelab Bola Sepak Selangor.

Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran Selangor Red Giants masih digunapakai sehingga kini.

E-Sukan / eSport

selangor red giants mpl

“Selangor Red Giants” pada masa yang sama juga boleh merujuk kepada pasukan e-sukan atau esports.

Pada 19 Januari 2023, Selangor telah mencipta sejarah dengan menjadi pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang mempunyai pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sendiri (dikenali sebagai Yoodo Red Giants) untuk bersaing dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) untuk musim ke-11.

Majlis pengumuman telah diadakan di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.

Nama pasukan ini tiba-tiba menjadi popular sejak kebelakangan ini susulan kemenangan mereka dalam Grand Final EWC-MSC 2024.

Selain piala, pasukan ini juga meraih wang kejuaraan bernilai 1 Juta USD.

Artikel berkaitan: Cuti Umum Selangor 2024 : Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini kedua-dua pasukan Selangor Red Giants hebat dari Selangor ini, sila ikuti akaun media sosial mereka seperti pautan berikut:

Bantu kami share artikel ini: